Hampir 20 tahun dalam industri, penyanyi Idayu mengakui masih belum mempunyai ‘killer song’.
Artikel Berkaitan: ‘Dalam Industri Kita Perlu ‘K*ller Song’, Kalau Setakat Nak Buat Album & Harap Nama Orang Tak Tahu Lagu Penyanyi Itu’ – Man Bai
Artikel Berkaitan: #AJL39: Galas Tanggungjawab Jadi Hos, Sissy Imann Minta Diberi Peluang – ‘Saya Faham Akan Ada Reaksi Pelbagai’
Killer song
Menganggap masih belum ada rezeki, Idayu atau nama lengkap Nur Farah Idayu Mohammad Yaakob, 40, berkata, dia akan terus mencari karya yang boleh menangkap halwa telinga pendengar.
Saya mengaku masih tiada lagu yang hit atau ‘killer song’, belum ada rezeki. Lagu yang mudah dan dekat dengan telinga pendengar. Apa-apa genre pun saya tidak kisah, asalkan dapat satu lagu yang ‘killer song’.
Saya pernah minta dengan beberapa komposer untuk ada satu lagu hits, tapi belum dapat lagi lagu yang kena dengan jiwa saya. Nak kata cerewet tak juga, kalau dapat lagu yang tak kena dengan jiwa, akan jadi tak jujur bile menyanyi.
Idayu berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di majlis Sajian Warisan Bonda, Buffet Ramadan di Restoran RBG, Park Inn by Radisson, Putrajaya baru-baru ini.
Join pertandingan
Dalam pada itu, Idayu turut mengulas mengenai dirinya yang kerap menyertai pertandingan nyanyian.
Jelasnya, dia suka mencabar diri dan tidak pernah berasa bosan bertanding.
Saya tak pernah bosan atau serik masuk pertandingan. Walau Calpis Soda One In A Million itu saya tak terpilih, tak rasa kecil hati pun.
Saya suka mencabar diri, dalam pertandingan dapat mengeluarkan lagi apa dalam diri. Dari sudut vokal juga dapat dikembangkan.
Setiap pertandingan cabarannya berbeza-beza. Termasuk juga cabaran dengan peserta-peserta yang masuk.
Kalau masuk menang alhamdulillah, kalau tak terpilih atau tak menang anggap tiada rezeki. Saya akan cuba lagi pertandingan lain.