Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad berkongsi perasaan yang dialami ibu bapanya ketika dirinya dilanda kontroversi suatu ketika dahulu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Nabil Tanpa Sengaja Muat Naik Video Lama ‘Free Hair’ – Zira Ayub
Artikel Berkaitan: Nabil Ahmad Mohon Maaf Isu ‘Ustaz Direhatkan’, Janji Akan Lebih Berhati-Hati – ‘Maaf Andai Ada Ayat Yang Mengundang Rasa Tak Selesa’
Perasaan ibu bapa
@inspirasi.my Replying to @Firdaus Nesta ?? Buat silap tu tak lari dari lumrah seorang manusia. Dan kesilapan tu pun boleh memberi kesan pada keluarga kita. Tapi walau besar mana silap kita, keluarga tetap lah akan ada dengan kita. Sangat memberi inspirasi episode kali ni bersama @nabilzira . Nantikan esok! Raja Lawak Podcast di Youtube channel InspirasiMY. ?? Raja Lawak Podcast Setiap Isnin jam 8.30 malam Hanya di Youtube channel InspirasiMY Pengacara : @RAA @Azadsyaziraroses Penaja : @Kopi Saigon HQ #RajaLawakPodcast #KongsiInspirasiMY #KopiSaigon @Nabilahmad
Menerusi podcast Raja Lawak, Nabil atau nama lengkapnya Ahmad Nabil Ahmad berkata, dia pernah menyambut Hari Raya seorang diri tanpa keluarga berikutan pelbagai kisah negatif tentangnya menjadi perhatian.
Aku pernah raya seorang diri ketika itu. Sedih sangat, macam-macam cerita keluar.
Arwah bapa aku telefon dia kata, ‘kalau kau berani, kau balik.’ Aku rasa sangat malu dengan ibu bapa aku.
Menurut pengacara berusia 41 tahun itu, pandangan masyarakat juga berubah terhadapnya malah keluarga terpaksa menanggung malu.
Semasa buat perkara itu, kita tak terfikir tapi bila dah terjadi, aku lupa aku ada ibu bapa dan adik beradik.
Macam mana orang tengok mereka dalam keadaan bangga ketika aku memang, begitu juga ketika mereka menanggung perasaan malu. Maksudnya, level tu sama naik.
Nabil menyesal
Bercerita lanjut, Nabil memberitahu dia perlu melalui satu fasa hidup yang perit dek kerana kekhilafan sendiri.
Aku memang menyesal gila, rasa lemah dan murung.
Pada tahun 2010, nama sudah teruk dan banyak cerita ‘tak sedap’, show dan duit pun jarang ada. Bila orang tengok kita, kita rasa macam kita ini orang jahat.
Pelakon filem Sifu Dan Tongga itu kemudian menerima tawaran daripada sebuah program realiti komedi dan tidak dapat menahan air mata apabila ibu bapanya hadir memberi sokongan.
Masa minggu kedua ketiga, ibu bapa aku datang dan aku menangis. Mereka datang nak sokong aku.
Sedih sangat masa itu.
Sumber: TikTok Inspirasi.My