Pempengaruh media sosial, Liya Maisarah memberitahu dia pernah menerima hadiah beg tangan jenama mewah daripada suaminya, Imran Vokey sewaktu zaman percintaan.
Artikel Berkaitan: Hampir 4 Tahun Menyulam Cinta, ‘Influencer’ Liya Maisarah Sah Bergelar Isteri Imran Vokey
Tak pernah kikis dia
Menerusi sebuah rakaman video di TikTok, Liya berkata, dia menerima sebuah beg bernilai RM32,000 ribu daripada Imran sewaktu ulang tahun kelahirannya di Jakarta. Menurut Liya, momen tersebut sangat indah memandangkan mereka baru kali kedua menyambut ulang tahun bersama.
Tambah Liya, pada waktu itu dia menangis melihat usaha yang dilakukan oleh Imran terhadapnya. Ujar Liya lagi, sepanjang tempoh perkenalan dia tidak pernah mengikis wang Imran.
Saya tak pernah kikis dia pun. Masa bercinta tiga tahun tu pun tak pernah. Beg ni satu-satunya benda yang paling mahal. Saya menangis macam orang gila semasa dia bagi ni. Masa ni dekat Jakarta. Birthday saya. baru kali kedua sambut birthday bersama. Beg paling mahal, ayah saya pun tak pernah beli beg semahal ini. Manager dia tanya tahu tak harga beg tu berapa? RM32 ribu.
Lepas dengar tu i menangis gila. Sampai dia rasa serba salah. Saya cakap jangan beli mahal-mahal. Duit tu boleh buat untuk kahwin. Lepas tu dia cakap tak apa sebab saya pernah bagi hadiah mahal dekat dia. Dah dua tahun baru sekali saya pakai beg tu.
Di samping itu, Liya turut menegaskan bahawa dia sekadar bergurau mengenai jumlah nafkah RM5,000 seminggu.
Terdahulu, selepas hampir empat tahun menyulam cinta, Liya dan Imran selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan pada 10 Januari lalu.
Video
@userrr7382.__ Replying to @_stfuamz hadiah birthday liya harga 32k ?? #liyamaisarah #vokey #LiyaFoundHerKey #fyp #foryoupage
Sumber: Liya