Pelakon Indonesia, Jefri Nichol berpendapat pendidikan seks perlu diperkenalkan kepada para pelajar sejak peringkat awal persekolahan lagi.
Artikel Berkaitan: Ameera Khan Kongsi Momen ‘Sweet’ Sambut Birthday Jefri Nichol – ’26 But Forever My Baby’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nak ‘Tackle’ Wanita Kelas Sosial Lebih Tinggi? Ini Tips Dari Jefri Nichol – ‘Jadi Diri Sendiri Ja’
Jangan takut atau malu
Memetik laporan Suara.Com, Jefri yakin usaha tersebut dapat membuka minda masyarakat selain mencegah penularan seks bebas dan penyebaran penyakit kelamin dalam kalangan penduduk di Indonesia.
Bagi saya, pendidikan seks seharusnya dimulakan sejak usia muda kerana kanak-kanak kini sudah lebih faham tentang seks. Bahkan ada yang berani mencuba tanpa menyedari bahayanya. Kebanyakan mereka juga terpengaruh dengan rakan sebaya dan apa yang mereka lihat.
Tambah Jefri, pendidikan seks tidak seharusnya dianggap sebagai satu perkara baru dalam kalangan masyarakat. Ini kerana, pengenalan kepada alat pencegahan kehamilan amat penting untuk mencegah penyebaran penyakit kelamin.
Walaupun seks adalah perkara peribadi, ia tetap akan berlaku, jadi pendedahan yang sewajarnya harus diberikan. Jangan takut atau malu untuk membeli alat pencegahan kehamilan kerana ini melibatkan kesihatan diri sendiri.
Sumber: Suara.Com