Di Instagram, pelawak Shahrol Shiro dilihat memberi teguran secara terbuka kepada Harith Iskander berikutan didakwa telah menjadikan agama sebagai bahan jenaka.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shahrol Jumpa Ajak Beri Hadiah ‘Birthday’, Netizen Komen ‘Sweet Betul! Harap Ada Comeback Daripada Shiro’
Buat laporan polis
Menerusi sebuah posting yang dimuat naik, Sharol mendakwa tindakan Harith telah membuka ruang kepada netizen untuk turut serta mempermainkan perkara tersebut. Tambah Shahrol, sebagai seorang pelawak, Harith perlu ada rasa sensitiviti dan menjaga batas tatkala membuat jenaka.
Sebagai pelawak tidak semua sudut pandang boleh dijadikan bahan lawak kita. Adakala kita patut lebih sensitif lebih lagi melibatkan agama kita. Apabila saudara @harithiskander membuka ruang agama dijadikan satu bahan yang boleh dipersenda maka pengikut juga akan ikut serta dengan meninggalkan komentar mempersenda agama yang melampau.
Perkara ini sudah melampau dan satu laporan polis akan dibuat mengenai perkara ini.
Pada masa yang sama, Shahrol memberitahu dia sudah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.
Setakat artikel ini ditulis, masih belum ada sebarang respons yang dilakukan oleh pihak Harith.
Laporan polis
View this post on Instagram
Sumber: Shahrol Shiro