Susulan kejadian misteri dialami, penyanyi Datin Alyah memberitahu lebih berhati-hati memilih hotel untuk menginap setiap kali membawa anaknya, Nur Izzara ikut bekerja di luar.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Mandul, Tok Ram Pun Tak’ – Alyah Dedah Pernah Keguguran, Reda Terpaksa Lepaskan Lima Telur Rawatan IVF
Artikel Berkaitan: Tak Minta Dilayan Seperti Raja, Alyah Kecewa Staf Hotel Tak ‘Friendly’ Sambut Tetamu – ‘Penginapan Tu Macam Tak Berbayar Pula’
Kejadian misteri
Alyah atau Noor Hasliah Abu Hasan, 44, berkata, anaknya pernah menangis seperti ketakutan ketika mereka menginap di beberapa hotel tempatan.
Sejak ada Izzara saya dah jarang ambil show yang tempohnya makan berhari-hari. Kalau ambil pun saya akan sedaya upaya balik hari. Tidak tidur di hotel.
Tak boleh nak tidur hotel lama kerana pernah alami kejadian aneh ketika bawa anak tidur hotel. Ada kejadian di Johor, Izzara menangis yang sangat lama dan matanya tengok atas.
Tok Ram telefon untuk saya balik KL dengan segera dan tidak bermalam di hotel tersebut. Sampai sahaja di KL, Izzara terus dapat tidur nyenyak, macam betul-betul penat dia.
Selain di Johor, ada dua lagi kejadian di hotel berlainan. Satu di Melaka dan satu lagi Genting. Saya bawa anak ikut bekerja, Izzara menangis juga.
Alyah berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di majlis Sajian Warisan Bonda, Buffet Ramadan di Restoran RBG, Park Inn by Radisson, Putrajaya, baru-baru ini.
Berkongsi lanjut, pelantun lagu ‘Kisah Hati’ itu berkata, dia akan memeriksa ulasan atau ‘review’ pelanggan sebelum menginap di hotel.
Langkah sebagai ibu, saya akan tengok dulu review daripada pelangggan terdahulu mengenai hotel tersebut.Kalau ramai keluarga yang bawa anak-anak kecil ke situ, makanya hotel itu selamat.