Walau diuji masalah kesihatan, pelakon Datuk Adi Putra tidak berputus asa dan akan meneruskan perjuangannya dalam bidang lakonan selagi diizinkan.
Artikel Berkaitan: ‘Sudah Pasti Saya Akan Pergi Tonton Filem Pendekar Awang’ – Adi Putra
Artikel Berkaitan: Miliki Aset Kekayaan Cecah 22 Juta? Adi Putra; ‘Saya Hanya Meminjam Daripada Allah’
Masalah kesihatan
Menjawab tentang status terkini mengenai kesihatan, Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim memaklumkan keadaannya masih belum stabil.
Menurut Adi, dia akan cuba sehabis baik dalam meneruskan karyanya dalam lakonan.
Saya masih lagi dalam medication.
Sebab jangkitan kuman ini mengambil dalam sebulan dua.
Walau bagaiamanpun, sepanjang 21 tahun saya berkecimpung dalam industri, Insya-Allah saya tidak akan menghampakan peminat dan penonton.
Adi berkata demikian ketika ditemui OhBulan!, di Sri Pentas, Bandar Utama pada Selasa.
Teruskan perjuangan
Berkongsi lebih lanjut, pelakon berusia 43 tahun itu memaklumkan bahawa enggan menangguhkan tanggungjawab sebagai pelakon sekali gus meneruskan tugasnya sejurus ‘discharge’ dari hospital.
Lepas saya keluar hospital, saya terus berjuang dan masuk lokasi penggambaran.
Saya enggan menangguhkan sebab kita melibatkan produksi.
Bila kita bekerja, kita bekerja sepasukan.
Walau bagaimanapun, Adi akui tawakal dengan keadaan kesihatannya selain bergantung harap pada ubat-ubatan.