Pelakon Ummi Nazeera mendedahkan dia bakal berehat daripada dunia lakonan buat seketika sejurus selesai penggambaran drama bersiri.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ummi Nazeera Tukar Arah Lakonan, ‘Berehat’ Jadi Wanita Disakiti – ‘Saya Pula Yang Menganiaya Kali Ini’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dr Izzar Sepakat Dengan Isteri Guna Media Sosial Untuk Urusan Kerja Sahaja – ‘Malas Nak Menunjuk Takut Penyakit Ain’
Berehat dari dunia lakonan
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, pemilik nama Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin dilihat sedang menjalani proses penggambaran drama bersiri TV3 yang berjudul Teratak Kasih Salina (Rindu Kasih 3).
Menurut Ummi, penggambaran telah pun selesai dan bakal ditayangkan pada Februari tahun ini.
Alhamdulillah. Kami selesai bekerja untuk drama ini.
Insya-Allah akan keluar pada bulan hadapan.
Salina 3.0 bukan lagi Salina 1.0 dan 2.0.
Dia berada di luar landasan kali ini.
Dalam pada itu, Ummi berharap agar penonton menyukai drama bersiri terakhirnya sebelum berehat daripada dunia lakonan.
Peminat tak sabar
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja dengan drama bersiri Rindu Kasih 3 dengan barisan pelakon yang hebat. Selain itu, warganet turut menitip pesanan agar pelakon berusia 34 tahun itu berehat sebaiknya setelah sekian lama bergiat dalam dunia lakonan.
Sumber: Instagram @umminazeera