Pengusaha salun rambut terkemuka iaitu RidzOkumura menempelak tindakan seorang pengikutnya yang meninggalkan komen berbaur lucah terhadap keakraban isteri dan anak lelaki mereka.
‘Saya tak marah tapi..’
@ridz_okumura Replying to @Afiq Muhammad ? original sound – Ridzokumura
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Ridzo atau nama lengkapnya Abd Ridzuan Abdul Mutalib, 50, berkongsi momen isteri, Akiko Okumura dan anak lelaki, Sky Taizo Okumura sedang baring secara berpelukan di atas sebuah katil di hospital.
Tetapi apa yang mengejutkan adalah komen yang ditinggalkan seorang lelaki yang menyifatkan keakraban dua beranak itu sebagai satu perkara tidak senonoh.
Jangan keras dah lah
Susulan daripada itu, Ridzuan tampil membuka mulut dan menyelar tindakan individu terbabit selain menyifatkan komen yang ditinggalkan itu satu tanggapan yang tidak masuk akal.
Saya tak marah tapi saya hairan kenapa adik boleh keluarkan kenyataan macam ini? Saya rasa sedih, anak saya tu baru berusia 12 tahun, belum akil baligh lagi tapi adik boleh cakap macam tu.
‘Dia nangis, peluk mak dia. Salah ke?’
@ridz_okumura Replying to @Afiq Muhammad ? original sound – Ridzokumura
Tambah Ridzuan lagi, isteri dan anak lelakinya itu sememangnya mempunyai hubungan yang sangat akrab sebagai ibu dan anak. Jadi adalah satu perkara biasa melihat kemesraan mereka.
Adik, itu mak dia tau, abang ni yang dah tua pun masa umur 27, 28 pun masih tidur bawah ketiak mak. Anak saya tu terlampau rapat, sayang dengan mak dia. Dia nangis, peluk mak dia. Salah ke?
Mak adalah mak, kenapa boleh cakap macam tu? Tak malu ke dik, kita ada maruah. Maaf kalau saya cakap ni kasar atau buat adik terasa. Malu tau kalau orang lain baca. Bayangkan kalau mak adik baca adik tulis macam ni, apa perasaan dia?
Difahamkan, individu terbabit telah memohon maaf kepada Ridzuan sekeluarga atas keterlanjurannya meninggalkan komen sedemikian.
Sumber: TikTok RidzOkumura