Pelakon, Bella Dowanna menafikan dirinya mengambil keputusan untuk turunkan berat badan kerana kecewa dalam percintaan.
Artikel Berkaitan: Netizen Puji Bella Dowanna Semakin Kurus, Tuan Badan Nafi ‘Cengkung’ Sebab ‘Broken’
Tak ambil jalan pintas
Ketika ditemui OhBulan!, Bella atau nama sebenarnya Qystinna Istajibilla “Bella” Dowanna Halim berkata, dia mula menguruskan berat badan selepas menjalani pembedahan lutut pada tahun 2023.
Tidak (frust) sama sekali. Apa yang mendorong saya untuk kurus ialah apabila saya tak disuruh untuk kurus.
Sebab, kalau orang ‘tekan-tekan’ atau paksa saya untuk kurus, lagi lah saya macam malas nak kuruskan badan.
Selain itu, bila saya jalani pembedahan lutut 2023 lalu, ada yang komen saya sakit lutut sebab badan berat sangat dan itu yang membuatkan paling saya rasa terkesan.
Tambah Bella, dia juga tidak mengambil jalan pintas untuk menurunkan berat badannya.
Saya tak ada ambil jalan pintas untuk kurus seperti potong usus dan sebagainya. Kalau saya boleh tunjuk perut, saya tunjuk.
Dah banyak kali dah masuk hospital bedah itu, bedah ini lepas itu nak potong usus? Tak apalah, terima kasih.
Bella berkongsi perkara tersebut ketika majlis tayangan perdana filem ‘Soloz: Game Of Life’ yang diadakan di GSC, The Starling pada Isnin.
Kawal pengambilan gula, banyak puasa ganti
Dalam pada itu, Bella memaklumkan dia begitu seronok menurunkan berat badan kerana proses tersebut dilakukan atas kerelaannya sendiri.
Bila saya nak buat sesuatu itu dengan rela hati, saya akan lagi rasa seronok dan ‘enjoy’ buat proses itu.
Contoh, sesetengah orang dia akan ada target untuk turun berapa kilogram dalam masa dua atau tiga bulan, benda itu akan buatkan kita stres dan akan dera diri kita sebenarnya.
Ketika ditanya apakah yang dilakukannya untuk menurunkan berat badan, pelakon filem ‘M4M4’ memaklumkan dia mengawal pengambilan gula serta banyak mengganti puasa.
Saya tak adalah kurus secara drastik pun sebenarnya dah setahun lebih dah ‘journey’ saya untuk kurus.
Dalam masa setahun lebih itu, berat badan saya turun sebanyak 20 kilogram (kg).
Saya amalkan makan sekali sehari saja dan banyakkan puasa ganti. Daripada korang buat ‘One Meal A Day’ (Omad Diet) lebih baik korang buat puasa ganti yang lepas-lepas itu.
Dalam masa yang sama dapatlah juga pahala tu kan? Selain itu, saya kurangkan pengambilan gula dan juga banyak buat senaman.
Terdahulu, Bella mencuri perhatian wargamaya selepas video perubahan berat badannya mula tular di TikTok.