Penyanyi Zehra Zambri menafikan dakwaan dia sedang hamil.
Artikel Berkaitan: Puteri Aishah Mengaku Berat Badan Tak ‘Maintain’ Selepas Bersalin – ‘I Pun Ada Baju Yang Tak Muat Juga, Don’t Worry’
Belum dapat berat badan ideal
Menerusi sebuah posting di Instagram, Zehra berkata, sejak kebelakangan ini dia menerima pelbagai soalan berhubung soal tersebut. Ujar Zehra, dia tidak hamil. Tambah Zehra lagi, buat masa sekarang dia belum mendapatkan berat badan yang ideal selepas melahirkan anak secara c-zer.
Jawapan empunya diri adalah tidak! Jadi cukuplah ya mempersoalkan tentang itu. Saya akui masih belum mendapat berat badan ideal selepas melahirkan anak secara emergency C-zer pada 21 Oktober 2022.
Saya mengalami kenaikan berat badan yang mendadak dan tidak menjaga kesihatan diri sebaiknya kerana tekanan kerja dan dalam masa sama tanggungjawab mengurus bayi saya sendiri.
Takdir Allah 2024 saya diberi peluang untuk sertai GV11. Sesuatu diluar fikiran saya kerana selama ni saya ingat ‘hayat’ saya dalam dunia seni sememangnya sudah berakhir.
Selain menjawab dakwaan sedang hamil, Zehra turut memohon maaf kepada semua terutama yang kurang selesa melihat persembahannya di pentas Gegar Vaganza minggu lalu.
Saya ingin memohon maaf jika ada yang kurang senang dengan imej dan penampilan saya ketika mendendangkan lagu Nour El Shams pada konsert minggu lalu. Saya ambil maklum pandangan kalian yang mengkritik style hijab dan busana yang saya kenakan. Insya- Allah di masa akan datang saya akan lebih cakna dan berhati-hati dalam pemilihan pakaian sebagai wanita berhijab.
Terima kasih semua atas teguran kerana kasih sayang kalian terhadap diri saya. Moga kita semua sentiasa di bawah rahmatNya.
Sumber: Zehra Zambri