Gelagat pelakon Azhar Sulaiman yang mahu mengubah suai bilik anak perempuannya Kasih Iris Leona telah mencuit hati warganet.
Artikel Berkaitan: Azhar Sulaiman Tak Kisah Leona Kahwin Muda, Letak Syarat Buat Bakal Menantu – ‘Lelaki Tu Okay Dengan Asap Rokok Dalam Kereta’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Leona & Gabriel Prince Direstui Netizen, Tayang Momen Mesra Pegang Tangan – ‘Dah Official Ke?’
‘Renovation’ bilik
@theazharsulaiman Renovating Leona’s Room. Dia nak bilik macam Princess la pulak….
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Azhar berkongsi keadaan bilik anak perempuannya itu.
Menurut pelakon berusia 53 tahun tersebut, dia merancang untuk mengubah suai dan mengecat semula bilik berkenaan.
Tengok barang-barang ini semua Leona, penuh. Daddy keluarkan semua kabinet, gila betul kami nak kemas.
Ubah suai bilik Leona, Dia nak bilik macam princess pula. You love or not, Leona?
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengagumi bakat Azhar yang juga merupakan seorang arkitek.
Dalam masa yang sama, mereka menyifatkan Leona sebagai anak yang bertuah kerana kemahiran yang dimiliki bapanya.
Seronoknya Leona, bapanya arkitek, bilik belum siap pun dia dah bayangkan macam mana dan nak letak barang-barang semua.
Bestnya bapa dia arkitek, relaks je minta buat reka bentuk bilik baru.
Leona mesti best dapat ayah yang teliti macam ini, banyak idea, arkitek pula tu.
Sumber: TikTok Azhar Sulaiman