Tidak dinafikan pendidikan adalah sesuatu yang penting. Walau bagaimanapun, tempat menuntut ilmu itu tidak menjadi penanda aras keperibadian seseorang.
Artikel Berkaitan: Nad Zainal Dikatakan Berwajah ‘Awam’ & Tak Layak Jadi Heroin, Empunya Badan Respon – ‘Sentiasa Bersyukur’
Artikel Berkaitan: ‘Hidup Banyak Berubah Selepas Kahwin & Semakin Tenang Berbanding Dulu’ – Nad Zainal
Semua sekolah sama saja
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Nad atau nama lengkap Farah Nadia Zainal Abidin dilihat membuka mulut dengan isu yang berbangkit mengenai keputusannya menghantar anak ke sekolah kerajaan.
Menurut Nad, pendidikan awal adalah bermula dari rumah.
Ramai yang tanya saya kenapa tak hantar anak sekolah swasta.
Jawapannya mudah.
Jimat dan saya yakin hantarlah mana-mana sekolah, didikan dan disiplin awal dari rumah.
Dalam pada itu, aktres berusia 34 tahun itu akui ramai yang berjaya datang daripada ‘produk’ kerajaan.
Tegasnya, keputusan yang dibuat haruslah mengikut kemampuan masing-masing.
Netizen setuju
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan cara pemikiran isteri kepada Ungku Ismail itu. Selain itu, warganet turut mengingatkan bahawa peranan ibu bapa di rumah adalah yang paling utama.
Sumber: TikTok @nadzainal