Penyanyi, Shila Amzah mendedahkan dia sudah beberapa kali menolak tawaran untuk bergelar Datuk.
Artikel Berkaitan: Shila Amzah Jadi Juara Mingguan Pertandingan ‘Singing With Legends’ Di China, Layak Terus Ke Peringkat Akhir
Beberapa kali tolak
@ubaimz Misi untuk saya menjadi Datin tak tercapai hmm #fyp #tiktokmalaysia ? original sound – Ubai Mz
Menerusi sesi podcast bersama suaminya, Ubai MZ, Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Amzah berkata dia terpaksa menolak tawaran tersebut kerana lebih selesa sebagai seorang individu yang tidak mempunyai pangkat.
Saya rasa layak atau tidak itu adalah subjektif tapi kalau boleh, tak naklah.
Saya pernah tolak tawaran beberapa kali sebab diberi (gelaran Datuk) akan ada yang ‘riki-riki’.
Saya lebih gemar dan selesa sebagai Shila Amzah saja, selesa dengan apa yang saya ada sekarang.
Shila berkongsi perkara tersebut ketika Ubai membacakan komen warganet yang berasakan pelantun lagu ‘Patah Seribu’ itu sudah layak menerima gelaran Datuk.
Tunggu gelaran datuk dan nenek
Dalam masa yang sama, Shila sempat berseloroh bersama Ubai dengan mengatakan bahawa dia menunggu untuk menerima gelaran datuk dan nenek apabila anak mereka mendirikan rumah tangga satu hari nanti.
Kalau awak (Ubai) diberikan gelaran Datuk pun saya tak nak sebab kalau saya betul kejar gelaran itu, baik saya kahwin dengan orang yang dah ada gelaran sebelum ini.
Kalau betul nak gelaran, biarlah anak kita dah kahwin nanti dia yang bagi gelaran datuk dan nenek pada kita.
Sekadar info, Shila pernah mengharumkan nama negara menerusi kemenangannya di pertandingan nyanyian ‘Asian Wave’ di Shanghai pada 2012.
Selain Asian Wave, antara pertandingan peringkat antarabangsa yang pernah disertai Shila termasuklah program ‘I Am A Singer’ dan program ‘Singing With Legends’
Sumber: TikTok