Di Instagram, pelakon Bella Astillah memberitahu dia dan Syed Saddiq sudah selamat sampai di Laban Rata, petang tadi.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bella Astillah ‘Prank’ Rebah, Syed Sadiq Dipuji ‘Gentleman’ Cepat Membantu
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syed Saddiq Tegur Bella Astillah Suka Minum Manis & Makan Lambat, Netizen ‘Warning’ – ‘Juara Debat Tu’
Boleh menari & menyanyi
Menerusi sebuah posting di Instagram, Bella berkata, mereka mengambil masa selama enam jam untuk tiba di lokasi tersebut sebelum meneruskan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu.
Alhamdulillah, sampai pun Panalaban atau Laban Rata. Kita naik pukul 10 pagi dan sampai 3.20 petang.
Bella yang dilihat mengenakan busana baju kurung sewaktu pendakian turut berkongsi gelagat Syed Saddiq ketika mereka mendaki gunung bersama. Ujar Bella, ahli politik tersebut sangat bertenaga dan pandai menghiburkan hatinya.
Saya separuh sedar sudah sebenarnya (sampai terfikir bagus saya jadi ikan) tapi @syedsaddiq boleh menari, menyanyi dan sewaktu dengannya. Oh lupa dia Ironman manakala saya hanya biasa iron baju.
Dia tetap dengan baju melayu, sampin dan songkok tinggal nak raya je kat puncak nanti.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Bella Astillah