Kebanyakan remaja kini memilih untuk tidak bergaul dengan orang yang lebih tua kerana dianggap tidak sependapat.
Namun, pempengaruh Khairul Aming akui kepakarannya adalah bersembang dengan ‘makcik-makcik’.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming Beri Tips Untuk Pelajar Yang Sedang ‘Intern’ – ‘Jangan Duduk & Ikut Saja, Cari Kemahiran’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming Utamakan Keberkatan, Nekad Takkan ‘Review’ Makanan Tak Sedap – ‘Kadang-Kadang Kita Lupa..’
Kepakaran Khairul Aming
@khairulamingfans_ Habislaa ramai makcik berebut nak buat jadi menantu ? @Khairulaming #khairulaming #khairulamingfans #dendengnyetberapi #sambalnyetberapi #teamKA #walaming ? original sound – Fans KhairulAming
Menerusi potongan video yang dimuat naik akaun TikTok peminat, Khairul atau nama lengkapnya Khairul Amin Kamarulzaman meluahkan rasa syukur dengan kemahiran komunikasinya.
Menurut Khairul, dia boleh bersembang dengan semua jenis generasi.
Borak dengan orang tua ini, kena ada cara dia.
Kita sebagai orang muda, kena belajar benda itu.
Tak boleh tanya sepatah jawab sepatah.
Campak lah dengan siapa-siapa, saya boleh borak.
Saya hargai kemahiran itu.
Walau bagaimanapun, pempengaruh dan usahawan terkenal itu akui dirinnya bukan seorang yang ‘extrovert’.
Netizen setuju
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen setuju dengan kenyataan Khairul mengenai anak muda untuk mempelajari cara berborak dengan orang-orang tua.
Sumber: TikTok @fans KhairulAming