Seorang suami tergamak melakukan penganiayaan kejam terhadap isterinya dan menghapuskan bukti dengan cara yang cukup menyayat hati.
Artikel Berkaitan: Suami Kerat Isteri Depan Anak Umur 3 Tahun, Organ Dibakar & Direbus Di Belakang Rumah
Artikel Berkaitan: Wanita Tikam, Kerat & Rebus Mayat Suami Dalam Periuk
Isteri dilaporkan hilang
Memetik laporan The Times of India, sepasang suami isteri yang berasal dari India ini dilaporkan sudah mendirikan rumah tangga selama 13 tahun.
Namun pada suatu hari, pihak keluarga perempuan melaporkan kehilangan si isteri yang dikenali sebagai Madhavi.
Pada awalnya, Gurumurthy iaitu si suami memaklumkan bahawa isterinya keluar dari rumah selepas bertengkar sesama sendiri.
Setelah disoal siasat oleh pihak polis, Gurumurthy akhirnya mengaku telah melakukan pembunuhan kejam terhadap isterinya.
Dia juga telah menghapuskan bukti dengan cara yang mengejutkan.
Rebus dalam pressure cooker
Apa yang lebih menyayat hati, anggota badan mangsa dikerat kepada beberapa bahagian oleh suaminya sendiri.
Difahamkan, proses ini dilakukan selama tiga hari berturut-turut.
Dia melakukannya dalam bilik air.
Selepas itu, dia rebus bahagian badan mangsa menggunakan periuk tekanan udara.
Sisa tulang pula dihaluskan menggunakan lesung batu.
Selepas selesai, Gurumurthy membungkus mangsa dalam beg dan buang di tasik yang tidak jauh dari lokasi kejadian.
Walau bagaimanapun, pihak polis masih tidak mengesan sisa tubuh mangsa meskipun dengan penglibatan anjing K9.
Sumber: The Times Of India