Di TikTok viral video pasangan kekasih berbeza agama berpisah secara baik.
Artikel Berkaitan: Beza Agama Bukan Penghalang Besarkan Anak Angkat, Jasa Chee Hoi Lan Dihargai Istana Negara
Berpisah secara baik
Menerusi rakaman video berdurasi 3:18 saat, lelaki yang dikenali sebagai Steven Febrinaldo ini memberitahu dia dan teman wanitanya, Syakilla terpaksa berpisah kerana perbezaan agama.
Meskipun pada awalnya mereka mempunyai perancangan untuk hidup bersama, Steven berkata, semuanya sudah berubah setelah mereka berfikir semula.
Hello guys, jadi kami memutuskan untuk putus hubungan secara baik. Jadi pesanan daripada kami buat mereka yang menjalin hubungan berbeza agama, jangan dipaksakan.
Kami awal-awal fikir pasti akan hidup bersama walaupun tahu ada yang akan menukar agama.
Setelah dua tahun, pemikiran itu sudah berubah. Kami sepakat nak panggil adik kakak(abang) selepas ini. Supaya tak sedih.
Tambah Steven, dia dan Syakilla berasal dari keluarga yang kuat pegangan agama. Oleh sebab itu, mereka memilih untuk mengutamakan agama.
Mungkin dengan cara ini, Syakilla lebih dekat sama Tuhannya dan aku boleh lebih dekat dengan Tuhan aku. Kami diberkati dan menjadi orang yang sukses.
Video
@stevennnbn teman baikku ?
Lebih mencuri tumpuan, Steven turut bertanya kepada Syakilla sama ada dia akan diundang ataupun tidak ke majlis perkahwinan seandainya wanita itu mendirikan rumah tangga. Ujar Syakilla, tiada siapa yang akan tahu bila dia akan menikah.
Jelas Steven pula, dia tidak akan menjemput Syakilla kerana menghormati perasaan wanita itu.
Sumber: Steven