Nukilan yang ditulis oleh anak kepada pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus di media sosial miliknya telah menyorot perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Apakah Beza Nafkah Dengan Perbelanjaan Keperluan Dapur? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kadang-Kadang Berpisah Sekejap Tanpa Cerai Adalah Membaikkan Keadaan’ – Ustaz Azhar Idrus
Hargai ibu bapa
@mik0chan__ Ini rahsia tuhan yg ingin saya ceritakan.?? @Nisyawan @Ustaz Azhar Idrus Kpda umiii abii.. terima kasih kerana jaga Ash dri kecik sampai besar, terima ksih kerana ajar ash jadi kuat sebagai anak sulong dripda 3 adik bradik, terima ksih jugk abi umi tanggung makanan ash, ash tidak pernah meminta ttpi abi dan umi bagi sahaja tnpa ditanye. dan ash mintak maaf atas dosa besar kecik ash yg dri dulu smpai skarangg… Ash selalu rindu umi abi time tkde dengan ash. Ash tahu ash bnyk susahkan abi dri segi kewangan ttpi itu mmg nafkah dri abi untuk ash dan adik2 ash, masa last pelukkan umi ash nangis umi ash nangis dalam hati sorg2 sbb ash thu ash laki ash kene kuat Terima kasih umi abi sudi hantar ash ke college sudi angkat barang, ash suka sangat2 moment ni tk tahu nk describe gane ? Doakan ash umi untuk kejayaan ash dan abi jugak… Sekian itu sahaja rahsia tuhan dengan saya??????
Menerusi perkongsian di TikTok, putera kepada Ustaz Azhar yang dikenali sebagai Ash, telah memuat naik video yang memaparkan momen ketika dia sedang mendaftarkan diri sebagai pelajar di Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu.
Terima kasih umi dan abi sudi hantar ke kolej dan angkat barang-barang. Saya suka momen macam ini, doakan saya.
Masa pelukan terakhir umi, saya nangis di dalam hati dan sebagai lelaki saya kena kuat.
Pada ruangan kapsyen video tersebut, Ash mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapanya yang telah banyak berkorban.
Kepada umi dan abi, terima kasih kerana jaga saya dari kecil sampai besar, terima kasih kerana ajar saya jadi kuat sebagai anak sulung daripada tiga adik beradik.
Terima kasih juga kerana tanggung makan dan minum saya, walau saya tak pernah minta tapi umi dan abi bagi sahaja tanpa ditanya.
Dalam masa yang sama, Ash turut memohon keampunan kepada ibu bapanya di atas kekhilafannya sebelum ini.
Saya minta maaf atas dosa besar dan kecil, dari dulu sampai sekarang. Saya rindu umi dan abil bila kalian tiada dengan saya.
Saya tahu, saya banyak susahkan abi dari segi kewangan tapi itu memang nafkah dari abi untuk saya dan adik-adik.
Pesan netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan coretan yang ditulis Ash dan mendoakannya agar memperoleh kejayaan.
Tahniah Ash, kekal hormati umi dan abi. InsyaAllah berkat hidup. Semoga berjaya.
Banggakan mereka dengan kejayaan dunia dan akhirat. Ayah awak kesayangan rakyat Malaysia.
Hebat kapsyen awak, sedangkan ada golongan anak-anak yang pertikai berapa yang sepatutnya ibu ayah beri. Tapi awak hadir betulkan erti sebenar anak kepada ibu bapa.
Sumber: TikTok Mikochan