Pelakon Rita Rudaini dan anak-anaknya sudah lali dengan pertanyaan warganet berkenaan bekas suami, iaitu pemain bola sepak, Aidil Zafuan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Satu Benda Yang Saya Ingat, Anak Sulung Saya Dikatakan Bukan Anaknya’ – Rita Rudaini
Artikel Berkaitan: ‘Saya Seorang Yang Tanggung Mereka, Segala-Galanya Saya Rempuh Sahaja’ – Rita Rudaini
Pertanyaan netizen
@ritarudainifc Soalan fofularrr masa live..korg pon.. Kamonn arrr..Diorg dh hadapp bebelas tahun dah.. #alahbisategalbiasa #ritarudaini #airits #ritarudainifc
? original sound – RitaRudainiFC OFFICIAL – RitaRudainiFC OFFICIAL
Ketika sesi siaran langsung di platform media sosial, Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mokhtar dihujani dengan komen warganet berkenaan bekas suaminya itu.
Ramai yang kata dekat mummy, ‘kesian dekat Ryyan dan Arjuna tak jumpa bapa.’
Menurut aktres berusia 48 tahun itu, dia sudah terbiasa dengan pertanyaan tersebut malah sering mengajar anak-anaknya supaya tabah menghadapi kecaman warganet.
Kita okay sahaja dan sudah terbiasa.
Mummy ajar awak berdua untuk kuat dan tahan kecaman dari komen.
Jawapan anak-anak
Sementara itu, anak sulung aktres tersebut iaitu Airit Rayyan menegaskan bahawa mereka sama sekali tidak pernah terkesan dengan soalan-soalan sebegitu.
Kami dah biasa sudah berapa juta kali dan dah muak (soalan netizen).
Saya tak terkesan dan tak perlu kesiankan kami. Kami buat biasa sahaja.
Mana ada kami hari-hari menangis, ada pernah nampak?
Untuk rekod, Rita pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bolasepak kebangsaan tersebut pada tahun 2008. Namun mereka disahkan bercerai pada 2013.
Hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan dan Airit Qaqa Arjuna.
Sumber: TikTok