Enam selebriti gred A iaitu Awal Ashaari, Scha Alyahya, Aina Abdul, Fattah Amin, Nora Danish dan Sophia Albarakbah dipilih menjadi wajah rasmi di bawah naungan Usanita.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Ada Kata Saya Sibuk Sampai Tak Jenguk Anak, Itu Tidak Benar’ – Fattah Amin
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Berpakaian Seksi Hingga Nampak L*rah, Sophia Albarakbah Nafi Sengaja Cetuskan Kontroversi – ‘Saya Hanya Pakai Baju Yang Ditaja’
Simbolik aspirasi gaya hidup premium
Langkah strategik ini dijangka membawa jenama Amber ke tahap baharu, menjadikannya nama utama dalam industri fesyen, kecantikan dan gaya hidup di Malaysia.
Pelantikan enam selebriti tersohor ini bukan sekadar simbol kejayaan mereka dalam bidang masing-masing tetapi juga melambangkan kepercayaan jenama ini terhadap nilai dan impak yang dibawa.
Keenam-enam selebriti ini yang terdiri daripada ikon fesyen, penyanyi terkenal dan pelakon tersohor diyakini dapat meningkatkan kesedaran dan kredibiliti jenama di mata masyarakat.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datuk Adzliana Hasan, kehadiran mereka sebagai wajah rasmi Amber bukan hanya melibatkan kerjasama komersial, tetapi juga simbolik kepada aspirasi gaya hidup yang premium dan moden.
Dalam majlis yang sama, Amber turut merasmikan butik flagship pertamanya yang terletak di Shangri-La Hotel Kuala Lumpur.
Tambah Adzliana, selain koleksi sedia pakai (RTW), Amber juga menawarkan perkhidmatan Amber Bespoke kepada pelanggan yang ingin mendapatkan pakaian tempahan khas (custom-made).
Perkhidmatan ini membolehkan pelanggan memilih rekaan, fabrik, dan kemasan mengikut cita rasa dan keperluan mereka, memberikan sentuhan peribadi yang unik kepada setiap busana.
Kami memahami bahawa setiap individu adalah unik, dan Amber Bespoke direka untuk memenuhi kehendak dan gaya peribadi pelanggan kami. Dengan perkhidmatan ini, kami memastikan setiap pelanggan mendapat pengalaman premium yang benar-benar eksklusif.
Tiga sub-jenama utama
Di samping itu, Amber turut memperkenalkan tiga sub-jenama utama iaitu Amber RTW yang menawarkan koleksi pakaian sedia pakai (ready-to-wear), menggabungkan elemen kasual dan elegan untuk memenuhi keperluan pelbagai lapisan masyarakat.
Seterusnya, Amber Beauty menampilkan rangkaian produk kecantikan termasuk kosmetik dan wangian eksklusif serta Amber Home memperkenalkan koleksi wangian rumah seperti lilin beraroma dan semburan wangian rumah.
Kolaborasi antara Amber dan selebriti gred A ini turut mencerminkan usaha jenama untuk mewakili pelbagai peringkat usia dan golongan. Pemilihan Awal Ashaari dan Scha Alyahya, pasangan selebriti yang terkenal dengan gaya hidup moden dan keluarga bahagia, menjadi inspirasi kepada pasangan muda dan ibu bapa.
Aina Abdul, dengan kredibilitinya dalam industri muzik, membawa elemen keberanian dan kreativiti kepada jenama, sesuai untuk generasi yang mahukan ekspresi diri yang berani.
Sementara itu, Fattah Amin dan Nora Danish dikenali sebagai ikon popular dalam dunia hiburan yang mewakili keseimbangan antara gaya hidup profesional dan keluarga.
Sophia Albarakbah, bintang muda yang sedang melonjak, pula mewakili generasi baharu dengan semangat inovasi dan keanggunan moden. Gabungan ini memastikan Amber mampu menepati cita rasa pelanggan daripada pelbagai latar belakang.