Usahawan dan personaliti media sosial, Sasha Abdul Aziz menerima pujian daripada netizen kerana berjaya membimbing suaminya, Daily Doseof Liu ke jalan Allah.
Artikel Berkaitan: Sasha Abdul Aziz Perjelas Pokok Krismas Dalam Rumah – ‘Saya Ada Dua Pembantu Beragama Kantolik, Benarkan Mereka Sambut’
Artikel Berkaitan: Sasha Abdul Aziz Berang Dituduh Tak Ajar Anak Berhenti Hisap Puting – ‘Jangan Menyibuk, Saya Tahu Cara Didik Anak’
Islam sangat indah
Di Instagram, Sasha dilihat membuka ruangan pertanyaan kepada netizen mengenai apa jua soalan. Antara yang mencuri perhatian pihak OhBulan! ialah, seorang individu dilihat memberi pujian buat Sasha kerana berjaya membimbing suaminya yang merupakan seorang mualaf.
Menurut Sasha, dia turut melalui fasa yang sukar kerana ada segelintir pihak menilai caranya.
Apa sahaja yang kami lakukan, ada sahaja yang tak kena. Bagi saya Islam itu sangat indah dan senang. Bahkan, suami saya boleh ikut kerana cara Islam diperkenalkan dekat dia tanpa ada paksaan.
Tambah Sasha, dia turut berterima kasih kepada gurunya kerana memberikan bantuan sepanjang proses mereka ke arah kebaikan.
Sumber: Sasha Abdul Aziz