Mengakui banyak kali tinggalkan solat sejak akil baligh, pelakon Nora Danish memberitahu dirinya kini sedang giat membayar ‘hutang’ solat fardu yang ditinggalkan secara sengaja atau tidak sebelum ini.
Artikel Berkaitan: Nora Danish Tak Tersinggung Digelar Ustazah & Artis Contoh – ‘Saya Aminkan Doa Tersebut’
Artikel Berkaitan: Nora Danish Tak Letih Ingatkan Anak Lelaki Untuk Solat Lima Waktu & Zikir – ‘Dari Itulah Allah Akan Lindungi’
Ganti solat
Nora atau nama lengkap Nora Mohd Danish Hanif, 42, berkata, dia pernah menangis kerana berasa penat melakukan solat qada yang banyak.
Rasanya saya banyak kali tinggalkan solat sejak akil baligh. Jadi sekarang apa yang perlu lakukan adalah setiap kali solat fardu, saya akan tambah dengan solat qada.
Contohnya, solat Zohor empat rakaat, kemudian saya akan tambah lagi empat rakaat untuk ganti.
Awal-awal nak qada solat saya menangis sebab rasa penat sangat. Saya hanya mengadu dan meluahkan itu kepada Allah.
Tetapi, lama-kelamaan saya jadi ‘ketagih’ nak langsaikan semua hutang solat yang pernah ditinggalkan sebelum ini.
Nora berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran butik Amber yang berlangsung di ibu kota, pada Sabtu.
Mengakui hidup lebih tenang tidak meninggalkan solat, Nora berkata, dia akan melakukan solat qada sehingga hujung nyawanya.
Kalau dulu mungkin setiap kali diuji akan rasa beremosi, tetapi sekarang saya serahkan segalanya kepada Yang Maha Esa. Insya-Allah, saya akan lakukan qada solat sehingga akhir hayat saya. Selamanya.