Seorang wanita yang ditahan berhubung kes penipuan wang tunai sebanyak RM95,180 terhadap isteri kepada pelawak dan pelakon, Along Cham iaitu Afreena Suhaimi dikesan mempunyai lima rekod jenayah.
Artikel Berkaitan: Afreena Masih Cinta Along Cham, Akur Digelar ‘Mak Lampir’ & Dituduh Seleweng Dana Hampir RM100k – ‘Siapa Tak Sayang Suami Kan?’
Ada rekod jenayah
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan Sinar Harian, wanita tersebut dipercayai mempunyai rekod jenayah berkaitan dengan penipuan di empat negeri lain iaitu Sabah, Negeri Sembilan, Kedah dan Selangor.
Perkara tersebut diumumkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan yang memaklumkan wanita itu kini ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan.
Suspek wanita itu kini direman empat hari manakala suaminya selama tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Tambah Hussein, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengesan sama ada wujudnya penglibatan pihak berkuasa berhubung dakwaan suspek yang dikatakan mahu membantu menurunkan seksyen tuduhan terhadap Along Cham.
Kita sedang siasat dakwaan siapa pihak berkuasa terlibat itu sama ada polis atau agensi lain atau juga satu tuduhan kepada pihak berkuasa.
Pada Rabu, suspek bersama suaminya ditahan di kediaman mereka berhubung dakwaan menipu wang tunai berjumlah lebih RM90,000.
Terdahulu, Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, mendakwa isterinya telah menyeleweng dana sumbangan orang awam berjumlah lebih RM100,000 yang dikatakan untuk kegunaan menguruskannya sepanjang ditahan di Penjara Sungai Buloh serta pengurusan anak.
Afreena kemudiannya membuat laporan polis menyangkal dakwaan tersebut dan mendakwa dirinya telah ditipu oleh seorang wanita yang mengakatan mahu membantu menurunkan tuduhan terhadap Along Cham.
Sumber: Sinar Harian