Seorang tukang rumah dipenjara lima bulan selepas mengaku bersalah menghantar mesej berbaur ugutan jenayah terhadap keluarga pelakon dan pelawak Harith Iskander menerusi aplikasi WhatsApp minggu lalu.
Artikel Berkaitan: Harith Iskander Akan Dipanggil Jakim, Isu Komen ‘Ham’ Persenda Nabi
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shahrol Shiro Buat Laporan Polis, Dakwa Harith Iskander Buat Lawak Persenda Agama
Berniat mainkan perasaan
Memetik laporan Harian Metro, Majistret S. Mageswary menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Izzuddin Md Salim, 31, mengaku bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan.
Saya berniat mainkan perasaan Harith Iskander sahaja, saya tiada maksud lain, saya minta maaf kepada keluarga mangsa.
Difahamkan, mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tertuduh ditangkap pada 24 Januari lalu dan penjara sebulan jika gagal membayar denda
Mengikut pertuduhan, lelaki itu yang masih bujang didakwa menghantar WhatsApp berserta gambar yang mengandungi kata-kata ugutan yang kemudian diterima oleh bekas isteri Harith, Jezamine Lim.
Kandungan Whatsapp itu kemudian dibaca Jezamine di sebuah restoran, di sini pada 8.50 pagi 23 Januari lalu.
Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Sumber: Harian Metro