Pelakon dan penyanyi, Fattah Amin tampil mempertahankan bekas isterinya, Nur Fazura selepas ramai menyalahkan aktres itu berikutan kenyataan anak mereka, Fatima Aisya, yang didakwa tidak lagi menyayangi bapanya.
Artikel Berkaitan: Fattah Amin Nafi Hubungan Dengan Anak Bermasalah – ‘Itu Perkara Biasa, Mungkin Fatima Merajuk’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazura Lembut Tegur Fatima, Jawapan Spontan ‘I Don’t Love Daddy Anymore’ Curi Perhatian
‘Faz dah menjalankan tanggungjawab’
Ketika ditemui OhBulan!, Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin, 34, sebaliknya percaya bahawa bekas iserinya itu telah menjalankan tanggungjawab dengan baik sebagai seorang ibu dalam membesarkan anak mereka.
Faz (nama panggilan Fazura) sudah besarkan Fatima dengan cara terbaik.
Itu mummy Fatima, tak sepatutnya orang komen bukan-bukan tetapi saya anggap mereka tidak tahu.
Faz sebenarnya dah besarkan Fatima dengan cara terbaik. Saya sendiri percaya Faz dah menjalankan tanggungjawab sebagai mak Fatima dan saya pun sama.
Fattah berkata demikian ketika ditemui di majlis Hi Tea Rissa SkinxFattah Amin yang berlangsung di Mutiara Damansara, pada Sabtu.
Dalam pada itu, pelakon filem Pendekar Awang ini juga menasihati agar orang ramai agar tidak membuat sebarang andaian mahupuun spekulasi yang tidak benar.
Jangan terlalu mudah buat andaian bukan-bukan dan sentiasa berfikiran positif.
Cakaplah yang baik-baik kerana percakapan adalah satu doa dan fikir baik-baik.
Dalam perkembangan lain, Fattah telah dilantik sebagai duta baharu Rissa Skin dimana sebelum ini aktor itu berjaya membawa kejayaan kepada Putey Whitening Coffee, kini diberi tanggungjawab baharu sebagai wajah rasmi untuk produk krim malam Rissa Skin (Intensive Repair Night Cream).
Sementara itu, pengasas Rissa Skin, Haji Ahmad Shah Rizal meluahkan rasa syukur kerana Rissa Skin mendapat sambutan daripada orang ramai.
Alhamdulillah produk kami mendapat sambutan hangat dan berjaya membantu ribuan pelanggan dalam meningkatkan keyakinan diri dan juga memperbaiki kesihatan kulit mereka.
Terdahulu, tular sedutan siaran langsung TikTok memaparkan Fatima meluahkan perasaan tidak lagi menyayangi Fattah.
Bagaimanapun, Fazura menasihati anaknya bahawa dia tidak sepatutnya berkata begitu dan perlu tetap menyayangi bapanya.
Menjelaskan situasi tersebut, Fattah menegaskan bahawa rajuk seorang kanak-kanak adalah perkara biasa dan menolak dakwaan bahawa hubungannya dengan anaknya bermasalah.
Imbas kembali, Fattah dan Fazura bernikah pada 27 November 2017 dan sah bercerai talak satu pada 7 Oktober tahun lalu.
Rentetan itu, hak penjagaan anak menjadi milik Fazura manakala Fattah diberikan hak lawatan dan bermalam.