Pelakon dan penyanyi, Fattah Amin meluahkan rasa syukur atas rezeki yang tidak putus-putus termasuk dari segi lakonan mahupun perniagaan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Percaya Fazura Sudah Besarkan Fatima Dengan Cara Terbaik’ – Fattah Amin
Artikel Berkaitan: Fattah Amin Nafi Hubungan Dengan Anak Bermasalah – ‘Itu Perkara Biasa, Mungkin Fatima Merajuk’
‘Alhamdulillah rezeki dah tertulis untuk saya’
Ketika ditemui OhBulan!, Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, memberitahu bahawa apa-apa pekerjaan yang ditawarkan kepadanya adalah satu tanggungjawab yang harus dilunaskan dengan sebaik mungkin.
Alhamdulillah rezeki yang dah tertulis untuk saya. Apa yang penting, saya nak lunaskan tanggungjawab saya terhadap klien dengan baik.
Macam Rissa Skin, ini adalah produk kedua. Mungkin sebab mereka nampak komitmen saya sebelum ini, dan alhamdulillah mereka beri kepercayaan kepada saya sekali lagi.
Tambah bekas suami kepada pelakon, Nur Fazura ini lagi, dia juga tidak menyangka bahawa rezekinya pada tahun ini melimpah ruah. Namun menganggap apa yang dimilikinya adalah rezeki daripada Allah SWT.
Saya pun tak sangka rezeki saya melimpah ruah, tapi memang saya boleh katakan, setiap hari saya bekerja, Kadangkala sampai tak ingat pun jadual kerja saya.
Bila saya dah betul-betul penat, baru saya beritahu pengurus untuk ambil masa berehat. Selagi rezeki tu murah dan orang beri kepercayaan, saya buat je.
Fattah berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Rissa Skin X Fattah Amin di sebuah hotel di ibu negara, pada Sabtu.
Rezeki melimpah ruah
Pelakon filem Pendekar Awang ini akui tak pernah menyangka akan terlibat dengan live jualan di TikTok, lebih-lebih lagi dengan konsep ‘beg kuning’ yang kini semakin popular dalam kalangan usahawan dan selebriti.
Namun bersyukur kerana peluang yang diberikan oleh jenama Rissa Skin telah membuka ruang untuknya mencuba sesuatu yang baharu.
Kalau ikutkan saya memang tak pernah buat live ‘beg kuning’ (menjual di TikTok) tapi dengan Rissa adalah permulaan saya berjinak dalam menjual di TikTok dan membantu jualan mereka.
Bagi Fattah, setiap rezeki yang diterima bukan hanya untuk dirinya sahaja, tetapi turut dikongsi bersama keluarga, pengurus, dan pihak pengurusan yang sentiasa menyokong kerjaya seninya.
Untuk tahun baru ini, kita mulakan dengan langkah kanan. Rezeki ini pun bukannya untuk saya seorang, tetapi berkongsi juga dengan pihak pengurusan saya, pengurus dan keluarga. Bila rezeki saya murah, orang sekeliling pun sama.
Sementara itu, pengasas Rissa Skin, Haji Ahmad Shah Rizal meluahkan rasa syukur kerana berpeluang melantik Fattah sebagai duta rasmi sekaligus menjadikan Rissa Skin mendapat tempat di hati orang ramai.
Alhamdulillah produk kami mendapat sambutan hangat dan berjaya membantu ribuan pelanggan dalam meningkatkan keyakinan diri dan juga memperbaiki kesihatan kulit mereka.
Fattah telah dilantik sebagai duta baharu Rissa Skin dimana sebelum ini aktor itu berjaya membawa kejayaan kepada Puteh Whitening Coffee, kini diberi tanggungjawab baharu sebagai wajah rasmi untuk produk krim malam Rissa Skin (Intensive Repair Night Cream).