Penyanyi dan pelakon, Amira Othman akhirnya membuka mulut mengenai isu tangkap layar telefonnya yang menerima notifikasi dari aplikasi TikTok yang didakwa milik akaun Fattah Amin.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah Amin Penuhi Tuntutan Kerja Pakai Baju Sedondon Dengan Amira Othman – ‘Lagipun Yang Kenen-Kenenkan Itu Peminat’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah Amin & Amira Othman Berlatih ‘Catwalk’, Senario ‘Cucuk Jarum’ Nyanyi Lagu Kahwin – ‘Sakan Memasing’
Kurang selesa kongsi kisah peribadi
Ketika ditemui OhBulan!, Amira atau nama lengkapnya Nadia Amira Othman, 32, enggan mengulas lanjut berhubung perkara tersebut dan akui kurang selesa untuk berkongsi perkara peribadi kepada umum.
Saya tiada apa nak ulas, apa yang saya cerita sebelum ini itu sahaja yang saya boleh cakap.
Saya pun bukan orang yang kongsi berlebihan mengenai hal peribadi kerana tidak selesa
Pelantun lagu Hati Hati ini sebaliknya menjelaskan bahawa hubungannya bersama aktor Fattah Amin hanyalah atas dasar kerja dan tidak lebih daripada sekadar kawan biasa.
Tentang Fattah ini tiada apa yang saya boleh komen, apa yang anda nampak itu memang atas dasar kerja yang lebih-lebih itu saya tak tahu nak komen macam mana.
Notifikasi itu kadang-kadang butang suka pun boleh jadi notifikasi, stiker pun sama. Saya dah tutup notifikasi sosial media saya, kalau ada mungkin stiker atau like.
Kami berkawan, notifikasi kami berhubung di media sosial itu kalau ada yang nampak, biar sahaja detektif netizen yang buat kerja.
Amira berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Rissa Skin X Fattah Amin di Hotel Royale Chulan pada Sabtu.
Hanya berkawan dengan Fattah
Dalam pada itu, kakak kepada penyanyi Irfan Haris ini akui terhibur melihat tindakan netizen yang seakan menjadi ‘detektif’ dan andaian yang dibuat mereka mengenai dirinya dan Fattah.
Saya terkejut dan tergelak kadang-kadang macam-macam spekulasi ada. Tapi buat masa ini saya tiada kenyataan yang ingin diberi.
Mengenai hal itu (terima notifikasi Fattah Amin) saya pun tidak pasti, kena periksa semula nanti. Adakah betul notifikasi itu dari Fattah.
Terdahulu, nama Amira disebut sebagai antara wanita yang kini berhubungan mesra dengan Fattah selepas pelakon itu bercerai dengan bekas isteri yang juga pelakon, Nur Fazura pada 7 Oktober lalu.
Walau bagaimanapun, Amira menjawab persoalan mengenai gosip itu dan memaklumkan bahawa mereka sebenarnya bekerjasama dalam muzik video single terbaru Amira berjudul ‘Bila Nak Kahwin’.