Isu pembatalan Konsert One Love Music Festival, seorang pengguna media sosial meminta penganjur acara, Muhammad Zul Aqil untuk tampil memberi penjelasan selepas hampir dua bulan mengunci mulut.
Artikel Berkaitan: Konsert Sulung Aisha Retno Dibatalkan Seminggu Sebelum Berlangsung, Penganjur Dedah Jualan Tiket Tidak Laku
Artikel Berkaitan: Kharisma Music Tuntut Aisha Retno Bayar Balik RM77k, Nafi Batal Konsert Terburu-Buru – ‘Duit Itu Dipinjamkan Untuk AJL38’
Refund duit
Menerusi hantaran di TikTok, individu yang dikenali sebagai Siti Nur Teemah, menggesa pihak penganjur untuk mengembalikan wang kepada pembeli tiket.
Kami diam bukan kami terima apa yang awak buat dekat kami. Zul Aqil, dah hampir masuk dua bulan isu ini berlalu. Boleh tak kau tolong pulang semula duit kami.
Jangan bagi alasan macam kau teraniaya. Itu bukan masalah kami, masalah kami sekarang adalah mahu semula duit kami.
Kalau tak mampu nak pulangkan duit dengan segera, setidaknya keluarkan kenyataan. Ini kau hilang.
Duit anak yatim
@sitinurteemah? original sound – amïnah
Dalam hantaran sama, wanita berkenaan turut mempersoalkan sikap Zul Aqil yang tidak mempunyai rasa serba salah kepada pembeli tiket yang sanggup berhabis duit.
Kepada penganjur acara yang masih setahun jagung, kalau tak mampu buat acara besar, tolong jangan buat.
Orang yang beli tiket konsert itu ada dalam kalangan anak yatim piatu dan orang susah, kau tak rasa serba salah ke makan duit haram?
Saya juga tak gemar apabila dia suka ‘play victim’, putar belit cerita. Kau bukan tipu seorang dua, tapi beribu orang.
Terdahulu, Konsert One Love Music Festival yang sepatutnya dijadualkan berlangsung di MAEPS, Serdang pada 21 Disember tahun lalu dibatalkan saat akhir.
Menurut Aqil, keputusan itu diambil berikutan kekurangan dana bagi menampung kos penganjuran.
Sumber: TikTok