Seorang wanita mencuri tumpuan apabila memuat naik video mendakwa pempengaruh dan usahawan, Kim Seri yang dikatakan gagal menunaikan janji untuk membayar semula wang kepada pelanggan pada 1 Februari lalu.
Artikel Berkaitan: Kim Seri Minta Maaf, Janji Bayar Duit Pelanggan Dalam Tempoh Dua Bulan – ‘Saya Tidak Dapat Lunaskan Jumlah Pemulangan Secara Sekali Gus’
Salam 1 Februari
@shmnrn11 TOLONG KORANG SAMPAIKAN SALAM, HILANG RADAR TU RISAU #fyppppppppppppppppppppppp ? original sound – Shmnrn?????
Bukan itu sahaja, wanita tersebut turut mendakwa Kim Seri gagal dihubungi selepas dipercayai telah disekat hampir kesemua platform media sosial.
Assalamualaikum Kim Seri, salam 1 Februari. Dekat WhatsApp tak boleh bagi salam sebab satu ‘tick’.
Dekat Instagram (IG) pula nak bagi salam, tak jumpa nama tu.
Dekat TikTok ini pun tak boleh, dah eja penuh dah nama tapi tak tak jumpa pun akaun.
Harapnya, jumpalah video saya ini ya? Assalamualaikum.
Perkongsian tersebut kemudiannya tular dan menyorot perhatian wargamaya di ruangan komen.
Komen netizen
Terdahulu, tular beberapa video dan hantaran dimuat naik beberapa individu di media sosial yang dipercayai menjadi ‘mangsa’ kepada pakej pelancongan yang ditawarkan Kim Seri.
Difahamkan, individu tersebut telah berdepan dengan pelbagai masalah sepanjang trip percutian ke Korea Selatan dan masalah itu mula timbul sejak mereka masih berada di Malaysia.
Kim Seri atau nama sebenarnya Seri Azlina kemudiannya membuat permohonan maaf susulan dakwaan dirinya menipu pelanggan sehingga menyebabkan kerugian hampir RM400,000.
Kim Seri juga memaklumkan dia sedang berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan jumlah yang tertunggak sebelum atau pada 1 Februari 2025.
Sumber: TikTok