Peserta Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) iaitu Mariam yang tersingkir pada minggu separuh akhir menerima keputusan penyingkirannya itu dengan hati yang terbuka.
Artikel Berkaitan: #CSOIAM: Mariam Gagal Mara Ke Pentas Akhir, Terima Wang Tunai Berjumlah RM10,000
Artikel Berkaitan: [VIDEO] #CSOIAM: Eylia Guntabid Tersingkir, Lima Peserta Mara Ke Peringkat Separuh Akhir
‘Menang kalah adat pertandingan’
Ketika ditemui OhBulan!, Mariam akui dia sendiri terkejut dengan pencapaiannya yang berjaya bertahan di pentas CSOIAM sejak minggu pertama hingga ke separuh akhir.
Mariam juga mendedahkan perjalanan tujuh minggu di pentas CSOIAM bukanlah sesuatu yang mudah kerana banyak dugaan serta cabaran yang perlu dihadapinya. Namun, pengalaman dan ilmu yang diperolehinya itu adalah sesuatu yang berharga buat dirinya.
Menang kalah adat pertandingan. Sebenarnya saya pun tak jangka saya akan sampai hingga ke separuh akhir CSOIAM.
Perjalanan saya dari awal hingga sekarang, banyak dugaan dan onak duri yang saya lalui termasuk pengorbanan yang saya lakukan. Apa yang saya tak boleh lupakan sepanjang berada di pentas CSOIAM adalah input dan ilmu yang saya dapat.
Mariam berkata demikian ketika ditemui pada konsert separuh akhir CSOIAM yang berlangsung di Studio NTV7, Glenmarie, pada Ahad.
‘Penyingkiran bukanlah pengakhiran’
Dalam pada itu, Mariam percaya bahawa penyingkirannya di pentas CSOIAM bukanlah satu pengakhiran sebaliknya merupakan permulaan perjalanan kariernya sebagai penyanyi.
Penyingkiran saya ini bukanlah pengakhiran tetapi adalah permulaan untuk karier saya. Untuk dapatkan platform di CSOIAM ini pun saya dah bersyukur dah sebab ini adalah program pertama saya. Jadi, saya akan gunakan platform dan peluang ini sebaik mungkin.
Mungkin selepas ini ada lagu baru, dari situ saya rasa akan mulakan perjalanan karier saya dan nak stabilkan nama Mariam dalam industri seni.
Berkongsi perancangannya selepas ini, Mariam berkata dia akan berehat seketika sebelum kembali dengan semangat baharu dalam industri muzik.
Selepas CSOIAM ini, saya nak berehat sehari atau dua hari untuk diri saya. Mungkin saya boleh gunakan wang RM10,000 yang saya dapat tu untuk diri saya. InsyaAllah lepas tu saya akan kembali sebagai Mariam yang baru.
Mengulas mengenai kritikan yang diterimanya sejak awal pertandingan, Mariam mengakui bukan mudah untuk menerima komen-komen negatif, namun dia memilih untuk mengambilnya sebagai pembakar semangat.
Saya anggap itu komen-komen yang membina walaupun sebenarnya sakit untuk terima. Tapi itu juga menyedarkan saya, sebenarnya komen-komen negatif tu saya dah dapat sejak minggu pertama di CSOIAM.
Saya sudah cuba yang terbaik dalam mencari karakter saya tapi kalau orang di luar sana masih tak nampak juga, saya cuba lagi. Saya pun masih mencari identiti saya, kelebihan dan kekurangan saya.
Untuk info, keputusan mingguan ditentukan berdasarkan gabungan 60% markah daripada juri profesional dan 40% undian daripada penonton yang bermula pada episod kedua sehingga episod kelapan.
Dihoskan oleh Fiza Frizzy dan Haniff Hamzah, program CSOIAM kali ini menampilkan juri tetap Ziana Zain, Yusry Abdul Halim dan Cakra Khan.
Saksikan setiap detik mendebarkan ini secara eksklusif di TV3, jam 9.00 malam setiap Ahad, atau strim secara HD di Tonton melalui laman sesawang rasmi TONTON. Bagi undian pula, boleh ke www.tonton.com.my/calpissodaOIAMTV3.