Pempengaruh dan usahawan, Cik Epal mengesahkan senarai harga berkaitan ulasan atau ‘review’ produk dalam media sosial iaitu sekitar RM20,000 sehingga RM100,000 adalah benar.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Cik Epal Terharu Kawan Baik Beri Hadiah Beg Tangan Jenama Mewah – ‘Anas Dari Dulu Pemurah’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Mahu Semuanya Selesai Dengan Cara Yang Baik’ – Cik Epal
Pulangan lumayan
Cik Epal atau nama sebenar Murni Mahmud, berkata, dia akan memastikan klien berpuas hati dan mendapat pulangan setimpal dengan khidmat yang diberikan.
Saya rasa harga itu bersesuaian dengan hasil yang akan saya berikan. Kalau ada yang mahu bayar, saya akan buat dengan sehabis baik.
Sesiapa yang pernah bekerja dengan saya, mereka pasti tahu saya akan ‘all out’. Insya-Allah klien akan dapat pulangan mungkin lima kali ganda.
Saya bukan artis atau selebriti, tapi sebenarnya ahli perniagaan. Jadi, saya tahu macam mana pasaran ini, namun dengan harga tetap boleh bincang.
Cik Epal berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada majlis ramah mesra bersama duta-duta Jakel di Jakel Shah Alam, baru-baru ini.
Tawaran dua syarikat
Berkongsi lanjut, Cik Epal memberitahu, selepas dia memuat naik senarai harga tersebut di Instagram miliknya, dia menerima tawaran daripada dua syarikat untuk bekerjasama.
Sebab memang sebelum ini pun, memang ada orang pernah bayar ikut harga tersebut. Ramai yang bertanya jadi saya beritahu.
Sebelum ini, saya tak buka untuk reviu sebab dulu saya berniaga. Namun, bila nama ‘mendunia’ ketika ini, saya ambil peluang buat reviu tapi tetap tahu ‘value’ saya.