Tindakan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq mengupas kulit udang untuk penyanyi dan pelakon Bella Astillah dalam sebuah video yang tular baru-baru ini menarik perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bella Ni Comel, Saya Tak Tahu Pil Apa Dia Makan’ – Syed Saddiq
Arikel Berkaitan: [VIDEO] Syed Saddiq Tegur Bella Astillah Suka Minum Manis & Makan Lambat, Netizen ‘Warning’ – ‘Juara Debat Tu’
Kupas udang
@bellaastillah_94 Vlog without a trending audio? YB Syed Saddiq first time di pasar philippines/Anjung Kinabalu :) P/s: kamurang tinguk sampai habis sebab ni kali saya kena bebel pasal ‘Utak udang’ ?????
Menerusi video yang dimuat naik oleh Bella di TikTok, Syed Saddiq membantunya mengupas udang ketika mereka sedang menjamu selera di sebuah kedai makan.
Tingkah laku yang ditunjukkan Syed Saddiq membuatkan pelakon berusia 30 tahun itu gembira susulan tidak perlu mengotorkan tangannya.
Difahamkan, itu merupakan kali pertama Syed Saddiq menjejakkan kaki di pasar Anjung Kinabalu.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan komen meluahkan rasa gembira melihat keabraban mereka berdua.
Untuk rekod, Ibu tunggal anak dua itu pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Aliff Aziz tetapi telah bercerai untuk kali kedua pada 13 Jun lalu.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 8, dan Ara Adreanna, 5 tahun.
Sumber: TikTok Bella