Pelakon senior, Fauziah Ahmad Daud mendedahkan keputusan untuk berhenti mengacarakan program Melodi dibuat atas kehendak sendiri dengan alasan mahu menjaga ibu bapanya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fauziah Ahmad Daud Pernah Berdepan Dengan Kata-Kata Negatif Selepas Berhijab – ‘Alhamdulillah Hati Tidak Berbolak-Balik ‘
Artikel Berkaitan: Fauziah Ahmad Daud Syukur 4 Tahun Jadi Sukarelawan Yayasan Ammirul Ummah, Sasar Agih Sejuta Al-Quran – ‘Ia Bawa Perubahan Besar’
Berhenti hos Melodi
Fauziah atau mesra disapa Ogy, 62, berkata, dia nekad untuk tidak lagi menjadi pengacara program tersebut selepas pulang daripada mengerjakan umrah pada tahun 2000.
Saya membuat keputusan untuk berhenti daripada mengacara Melodi dalam tempoh 24 jam. Saya jadi pengacara selama lapan tahun, keputusan itu dibuat sendiri oleh saya.
Keputusan itu bukan sahaja memeranjatkan penonton, tetapi juga mak bapa saya. Keputusan itu dibuat selepas saya pulang daripada Makkah daripada mengerjakan umrah.
Hati saya kuat mengatakan untuk berhenti Melodi sebab nak menjaga mak ayah. Saya mahu meluangkan lebih banyak masa dengan mereka.
Ogy berkongsi mengenai perkara itu menerusi temu bual dalam saluran podcast Tanah Berdaulat TV.
Keputusan tepat
Segala takdir sudah tertulis, Ogy memberitahu keputusan untuk meluangkan lebih masa bersama ibu bapa adalah satu tindakan yang tepat apabila mereka meninggal dunia selang beberapa tahun kemudian.
Saya kira itu adalah satu keputusan yang tepat dibuat kerana selang beberapa tahun mak ayah saya meninggal dunia.
Saya berhenti Melodi 2000, ayah meninggal 2002. Kemudian pada 2005 mak saya pula meninggal dunia.
Dalam pada itu, pelakon filem Azura ini turut berkongsi reaksi pihak produksi selepas mendapat tahu dia mahu berhenti mengacarakan Melodi.
Reaksi produksi ketika itu sangat terkejut. Mereka minta saya teruskan mengacara dan sanggup naikkan gaji saya. Namun saya menolak.
Pada saya, mak ayah tiada pengganti. Alasan saya berhenti memang mahu menjaga mak ayah.
Sumber: TikTok