Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona sekali lagi mencuri perhatian apabila secara terbuka mengakui suka akan perhatian. Bukan hanya di hadapan kamera, tetapi juga dalam kehidupan seharian.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Azhar Sulaiman ‘Renovate’ Bilik Leona Buat Netizen Cemburu – ‘Bestnya Ayah Arkitek, Boleh Minta Je’
Artikel Berkaitan: Azhar Sulaiman Tak Kisah Leona Kahwin Muda, Letak Syarat Buat Bakal Menantu – ‘Lelaki Tu Okay Dengan Asap Rokok Dalam Kereta’
Suka perhatian
@apaceritapodcast We love a positive queen ? #ApaCeritaThrowback to one of our viral episodes featuring Kasih Iris Leona ! Leona said it best—whether it’s good or bad attention, stay focused on the positives. Good attention will benefit you, and the bad will eventually disappear. Catch the full episode now on YouTube and Spotify—only on Apa Cerita Podcast! #leona #kasihirisleona
Dalam satu temu bual di podcast Apa Cerita, Leona menyifatkan dirinya tidak mempunyai rasa malu sebaliknya dia pernah secara sukarela menawarkan diri untuk berada di tengah-tengah pentas.
Saya tidak akan menafikan, saya suka perhatian. Bukan hanya di depan kamera tapi bila di luar pun sama.
Saya hanya mahu menjadi centre of attention dan saya sangat menyukainya, baik atau buruk.
Faham ‘The Attention Economy’
Anak kepada aktor Azhar Sulaiman ini juga berpendapat bahawa setiap perhatian sama ada positif atau negatif tetap memberi manfaat dalam kehidupan seseorang.
Sebenarnya perhatian yang buruk tidak memberi kesan kepada saya. Secara jujur, saya fikir semua perhatian akan memberi manfaat kepada anda dalam beberapa cara.
Perhatian buruk akan hilang selepas beberapa ketika.
Malah dia juga percaya bahawa dunia ini tidak selamanya indah dan seseorang perlu melalui pelbagai pengalaman sama ada ianya adalah baik atau buruk.
Dunia bukanlah yang indah sahaja, jika anda mahukan banyak perkara baik, banyak perkara buruk yang perlu dilalui.
Menurut Leona, mindset yang baik juga membantu dirinya menjadi seorang happy go lucky kerana dia mengatur hidupnya dengan cara itu.
Sumber: TikTok @apaceritapodcast