Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) menjelaskan hukum bagi seseorang wanita yang memakai wangi-wangian.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Perjelas Hukum & Cara Qada Solat
Dibenarkan tapi dilarang berlebihan
Menerusi perkongsian video @netfreak96 di TikTok, UAI menjelaskan bahawa tidak menjadi masalah untuk golongan lelaki dan perempuan memakai wangi-wangian.
Orang perempuan dan lelaki boleh dan dibenarkan pakai minyak wangi.
Akan tetapi, golongan wanita tidak dibenarkan untuk memakai minyak wangi sehinggakan wangian tersebut dapat dihidu oleh orang lain.
Cuma bezanya ialah orang lelaki tak ada masalah memakai sehingga orang lain terbau wangian tersebut.
Tetapi tidak boleh untuk orang perempuan kerana mereka hanya boleh pakai untuk diri mereka sendiri.
Kalau dia pakai dan orang lain terbau, jatuh haram.
Nabi pernah berkata, ‘Perempuan yang keluar rumah, bau harum semerbak sehingga dapat dicium hidung manusia seperti perempuan berzina’. Maknanya, seperti perangai seorang perempuan yang jahat.
Video
@netfreak96_ Wanita Memakai Minyak Wang Bukan Niat Menggoda . Video ini diambil dari “Ustaz Azhar Idrus Official” dan diedit semula untuk tujuan perkongsian dakwah. Hak cipta sepenuhnya milik “Ustaz Azhar Idrus Official”. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat mengajak lebih ramai untuk mendalami ilmu agama. #minyakwangi #zina #foryou #foryoupage #ustazazharidrus ? original sound – Nazrin Al Rashid
Sumber: TikTok