Seorang wanita didakwa telah melarikan wang ketika menghadiri ke sebuah majlis perkahwinan.
Artikel Berkaitan: Founder Mengamuk Staf Kesayangan Songlap Hampir RM400,000 Sejak 2021 – ‘Aku Sampai Tuduh Suami Sendiri Curi Duit’
Artikel Berkaitan: Zynakal Kena Tipu, Bekas Pengurus Songlap Lebih RM200k
Curi beg tangan
Menerusi perkongsian oleh pempengaruh, Caprice memuat naik rakaman litar tertutup (CCTV) kejadian tersebut di Instagram miliknya.
Video berkenaan memaparkan wanita terbabit datang dari arah ruang tamu rumah dan turut kelihatan adalah dua orang kanak-kanak.
Wanita itu kemudian bertindak mengambil beg tangan berwarna putih di atas sebuah almari yang dipercayai mengandungi wang tunai sebanyak RM2,500.
Menyamar jadi tetamu
Walau bagaimanapun, tiada sesiapa yang menyedari tindak-tanduknya di rumah itu berikutan wanita tersebut didakwa menyamar sebagai tetamu.
Majlis kesyukuran kakak ipar berubah suram.
Tetamu tidak diundang mengambil harta bukan miliknya. Menyamar sebagai tetamu, tumpang tandas dan melarikan wang.
Difahamkan kejadian tersebut berlaku di Kampung Tasek Berangan, Pasir Mas, Kelantan pada Sabtu.
Sumber: IG Caprice