Pelawak Achey kini memantau pengambilan makanan anak perempuannya iaitu Tiara.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Achey Dinasihati Bawa Tiara ‘Check Up’ Sebab Tidur Berdengkur, Ada Netizen Cakap Berkemungkinan Posisi Bantal Tinggi
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tiara ‘Request’ Nak Jadi Macam Talita, Achey Terkedu Dengar – ‘Jem Sekejap’
Achey pantau anak
@achey_kintangkintung Nak di larang kesian.. cuma control portion je setiap kali makan.. .. @tiaracandy_official
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan Tiara atau nama lengkapnya Nur Tiara Zinnirah sedang menikmati sepinggan bihun.
Dalam pada itu, Achey memaklumkan bahawa dia tidak mampu untuk melarang Tiara makan, namun bertegas dalam mengawal pengambilan makanan.
Nak dilarang kesian, cuma control portion je setiap kali makan.
Perkongsian netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berkongsi pengalaman mereka membesarkan anak-anak yang mempunyai selera makan yang tinggi.
Dalam masa yang sama, mereka turut menasihati Achey supaya jangan terlalu gusar dengan berat badan Tiara kerana lazimnya apabila kanak-kanak memasuki alam persekolahan, badan mereka akan susut selepas menyertai pelbagai aktiviti.
Sumber: TikTok Achey