Cara penyanyi Aiman Tino memberi nafkah kepada isterinya, Che Syarah Haifa mencuri perhatian netizen.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aiman Tino Dakwa Terbeli Tali Pinggang Dari Kulit B*bi – ‘Lepas Pakai Baru Perasan Ada Titik Tiga’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Lagu Ini Tajuknya Memang Aiman Tino, Tetapi Tiada Kena Mengena Dengan Dia’ – Wani Kayrie
Suprise nafkah
Menerusi hantaran di TikTok, Syarah mengakui terkejut apabila suaminya meninggalkan sejumlah wang sebelum keluar dari rumah untuk pergi melakukan aktiviti memancing.
Bersama wang tersebut, pelantun lagu ‘Ku Rela Dibenci’ itu turut menulis sepucuk surat yang menyatakan rasa cinta kepada isterinya.
Nafkah bulanan untuk sayang. Doakan saya supaya bawa balik hadiah. Halalkan hutang-hutang saya selama ini.
Semoga kita kekal bahagia hingga syurga. Insya-Allah satu hari nanti kita akan dapat anak.
Lebih mencuri perhatian apabila Syarah dilihat gagal menahan sebak selepas membaca ucapan istimewa tersebut.
Sekadar info, Aiman dan Syarah mendirikan rumah tangga pada 27 April 2023. Namun masih belum dikurniakan cahaya mata.
Sumber: TikTok