Merasakan diri tidak sempurna, isteri kepada pelawak Along Cham iaitu Afreena Suhaimi mengakui banyak kekurangan diri dan sering melakukan kesilapan yang membawa kepada kemelut rumah tangga mereka.
Artikel Berkaitan: ‘Awak Tak Hidup Dengan Kami, Saya & Suami Saja Tahu Apa Yang Berlaku’ – Isteri Along Cham Tempelak Selebriti Masuk Campur Hal Rumah Tangga
Artikel Berkaitan: Wanita Didakwa ‘Klentong’ Isteri Along Cham Lebih RM90,000 Ada Lima Kes Jenayah
‘Tidak sempurna’
Menerusi hantaran di Instagram, Afreena, 33, berkata, dia dan Along telah menempuh banyak liku dan onak duri dalam perkahwinan sehingga hampir berpisah.
Namun, mereka terus mempertahankan mahligai dibina kerana menganggap segala yang berlaku adalah ujian Allah.
Saya mungkin bukan isteri yang sempurna. Saya kadang-kadang bercakap perkara yang bodoh, ketawa apabila tidak sepatutnya.
Saya mungkin melakukan kesilapan yang mencetuskan kami berdua dan membawa kami ke hari ini (kemelut rumah tangga).
Kami berdua tidak sempurna, kami memulakan perjalanan yang indah, suka dan duka, susah dan senang hanya kami berdua yang tahu. Kami hancur bersama dan sembuh bersama.
Kami hampir berpisah dan kami memilih untuk bertahan kerana kami percaya itu ini adalah ujian besar dari Allah.
‘Lelaki hebat’
View this post on Instagram
Menyerahkan segala takdir kepada Ilahi, Afreena mengucapkan terima kasih kepada Along kerana menjadi suami yang hebat selain bersyukur dapat mengenali pelawak itu.
Saya masih ingat kata-kata awak “sayang Allah tak tengok permulaan hidup tapi Allah tengok pengakhiran hidup”.
Hubungan kami sangat terdedah dan hanya Allah yang tahu apa yang berlaku. Namun, saya bersyukur kerana Allah mengutus awak kepada saya, suami tersayang.
Tiada apa yang boleh saya ucapkan selain terima kasih kerana menjadi lelaki yang hebat dan bapa yang baik, sayang awal.
Semoga Allah membalas segala kebaikan awak selepas ini. Awak adalah pengalaman yang tidak ternilai bagi saya. Semoga Allah permudahkan urusan kami berdua selepas ini.
Menerusi hantaran sama, Afreena berkata, dia akan memulakan sebuah kehidupan baharu bersama anaknya.
Sumber: Instagram