Pelakon versatile Fauziah Datuk Ahmad Daud berkongsi tentang pengalamannya semasa menunaikan ibadah umrah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fauziah Ahmad Daud Pernah Berdepan Dengan Kata-Kata Negatif Selepas Berhijab – ‘Alhamdulillah Hati Tidak Berbolak-Balik ‘
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ogy Ahmad Daud Pernah Digam 4 Tahun Akibat Cinta Terhalang – ‘Macam-Macam Perkara Diperlakukan Kepada Saya’
Dihalau jemaah umrah
@tanahberdaulat.tv Replying to @noormuhaizan DIHALAU JEMAAH UMRAH – Fauziah Ahmad Daud Ikuti perkongsian menarik bersama beliau dalam X’klusif Bersama Syahril di saluran YouTube Tanah Berdaulat TV jam 9 malam ini. Pautan saluran ada di ruangan komen. Terbaik, hanya untuk anda! #tanahberdaulattv #xklusifbersamasyahril #ogyahmaddaud #fauziahahmaddaud
Menerusi perkongsian di podcast Tanah Berdaulat TV, Fauziah atau lebih mesra disapa Ogy mengimbas kembali ketika dia dipandang serong oleh sekumpulan jemaah umrah.
Ketika ke sana saya seorang diri, saya naik bas bersama jemaah lain dari Madinah ke Makkah. Ada beberapa orang yang ekstremis, saya nak duduk sebelah tetapi saya dihalau.
Dia kata, ‘jangan duduk sebelah aku, kau tu artis!’
Bukan sahaja di dalam bas, tetapi nak solat sebelah pun dia tak bagi.
Tidak tahan dengan cemuhan, Ogy hiba dan menangis sepanjang perjalanan tersebut.
Saya berdoa dengan minta Allah untuk menjaga saya.
Saya tertanya-tanya, berdosa besarkah menjadi insan seni? Seni pun anugerah Allah, bukan saya minta. Paling penting saya tak buat benda-benda melanggar hukum Allah.
Tutup aurat
Bercerita lanjut, aktres berusia 62 tahun tersebut berkongsi detik ketika hatinya dijentik untuk menutup aurat.
Saya berdoa betul-betul di hadapan telaga zam-zam dan semua tempat-tempat makbul doa, hati ini berkata..pergilah.
Sehinggalah satu malam saya terlewat untuk qiamulai, saya berlari masuk dalam masjid. Saya tengok di keliling saya semuanya kelihatan putih, lalu saya menangis.
Seperti ada orang yang betul-betul bawa saya ke pintu Kaabah kemudian saya minta ampun pada Allah, tiba-tiba saya terdengar, ‘balik ni tutup aurat’, dan saya menjawab ya. Ketika itu saya rasa seperti anak yang baru lahir.
Penghijrahan pelakon filem Azura itu juga mengejutkan arwah ibu bapanya yang juga seniman Ahmad Daud dan Saadiah.
Semasa pulang ke Malaysia, pada mulanya ayah saya tak kenal sehinggalah dia perasan kehadiran saya dia terus peluk. ‘Anak ayah dah berubah.’
Sumber: Tanah Berdaulat TV