Kurang sebulan sahaja lagi, umat Islam seluruh dunia bakal menyambut bulan Ramadan dan menjalankan ibadah puasa sepanjang sebulan.
Meskipun belum tiba bulan Ramadan lagi, sudah pasti ramai yang sudah mula membuat persiapan untuk membeli baju raya bagi seisi keluarga.
Artikel Berkaitan: Membeli Baju Raya Baharu Tuntutan Agama Atau Sekadar Keinginan Nafsu? Ini Jawapannya
Baju raya Ultraman
Terbaharu, perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Nabiu Rahman yang berkongsi beberapa ‘design’ baju raya unik telah menyorot perhatian netizen.
Masakan tidak, menerusi akaun TikToknya, Nabiu telah memuat naik beberapa foto ‘Artificial Intelligence’ (AI) memaparkan model yang menggayakan baju Melayu serta baju kurung yang diinspirasikan daripada watak superhero terkenal Jepun iaitu Ultraman.
Menerusi perkongsian yang dibuat, dapat dilihat beberapa pilihan warna telah digayakan model lelaki dan perempuan seperti hitam, hijau, kuning, ungu, putih dan merah jambu.
Perkongsian tersebut kemudiannya tular dan ketika ini telah meraih lebih 4,600,000 tontonan dan lebih 226,500 tanda suka.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja melihat ‘design’ tersebut dan mengatakan mereka sanggup beli sekiranya ada terjual di pasaran.
Komen netizen
Sumber: TikTok Nabiu Rahman