Pempengaruh media sosial, Sabrina menyentuh hati ramai apabila berkongsi video dia menikmati masakan terakhir yang dimasak oleh suaminya, Tony yang meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira dua tahun lalu.
Artikel Berkaitan: Mimifly Kongsi Perbualan Terakhir Dengan Jojo One Nation Emcees – ‘Terima Kasih Atas Kasih Sayang Yang Diberikan’
Artikel Berkaitan: Wanita Rakam Momen Sebak ‘Tinggalkan’ Ibu Ayah Selepas Selesai Berpantang Runtun Hati Netizen – ‘Seorang Ibu Masih Perlukan Ibu’
Makan masakan selepas dua tahun dibekukan
@sabfortony i’ll forever miss tony’s cooking #lastmeal #moving #griefjourney #healingjourney #lifeafterloss #partnerloss ? Beautiful Heart – Piano Meditation
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Sabrina memberitahu bahawa masakan itu disediakan oleh Tony pada hari pemergiannya setelah dia menyatakan keinginannya untuk menikmati kari Jepun.
Saya ada sesuatu yang istimewa. Pada hari Tony meninggal dunia, saya cakap teringin nak makan Japanese kari dan saya minta dia masakkan untuk saya.
Memandangkan dia bakal berpindah ke rumah baharu, Sabrina akhirnya membuat keputusan untuk menikmati masakan tersebut, yang telah dibekukan selama lebih dua tahun sejak pemergian suaminya.
Lauk tu kemudian saya bekukan sebab saya terfikir nak simpan sampai bila-bila. Tapi sebab saya akan pindah keluar dari rumah, saya kena makan ini.
‘Ini adalah sebahagian memori berharga’
Meskipun menyedari bahawa tindakannya mungkin dianggap tidak wajar oleh sesetengah pihak, namun bagi Sabrina ia adalah sesuatu yang bermakna buatnya.
Mungkin ada orang anggap saya ‘gila’ sebab lauk tu dah lebih dua tahun dibekukan. Tapi bagi saya, ini adalah sebahagian daripada memori yang sangat berharga.
Tony adalah individu yang selalu masak untuk keluarga, dan setiap kali kalau saya teringin nak makan apa-apa, dia akan masakkan. Itu adalah salah satu cara dia tunjukkan kasih sayang kepada saya.
Perkongsian tersebut telah mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Rata-rata daripada mereka akui tersentuh dan memahami perasaan Sabrina yang rindu akan sosok suami tercinta.
Sumber: TikTok