Anak kepada pelawak Shuib, iaitu Talita mendapat lebih banyak tawaran pekerjaan selepas meraih perhatian susulan melakukan sebuah persembahan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Talita Kongsi Sebab Mahu Menyanyi – ‘Orang Tak Suka Dengan Daddy, Jadi Saya Nak Buat Orang Suka Balik’
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Arwah Ibu Ada Sekarang, Pasti Dia Bangga Dengan Saya’ – Talita
Dapat ‘job review’
@shuibsepahtu Alhamdulillah murah rezeki Thalita,lepas satu,satu lagi job masuk untuk Thalita. Kali ni job review produk pulak. Korang support Thalita ok ? Tapi produk ape ek? Cuba korang teka. @Thalita_Shuib #Thalita
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Shuib berkongsi tentang berita gembira tersebut kepada anak perempuannya itu.
Awak dapat job review produk dan kena buat video. Mereka sudah telefon daddy.
Daddy pun sudah beritahu mereka, Talita kena yakin sahaja.
Talita risau
Walau bagaimanapun, Talita atau nama lengkapnya Dzahira Talita Zahra, meluahkan rasa gusar andai tidak mendapat sokongan daripada orang ramai.
Boleh saya tolong daddy.
Tapi ada ke orang nak sokong saya?
Sebagai bapa, Shuib kemudian meyakinkan puterinya itu supaya percaya kepada diri sendiri dan sentiasa berdoa.
Kenapa tak ada pula? Hari itu dekat Bukit Bintang, ramai orang datang.
Senang sahaja nak buat nanti, jangan risau. Kita doa sahaja, mesti akan ada yang menyokong.
Untuk info, Talita juga telah menerima tawaran daripada komposer terkenal, Ajai untuk menjayakan Konsert By Ajai & Mega Friend yang akan berlangsung di Singapura pada 10 Mei nanti.
Sumber: TikTok Shuib