Pelakon Fattah Amin dipuji tenang menjawab ekoran isu yang tular mengenai anaknya, Nur Fatima Aisya tanpa memburukkan mana-mana pihak yang terlibat.
Artikel Berkaitan: ‘Selagi Murah Rezeki & Orang Beri Kepercayaan, Saya Buat Je’ – Fattah Amin
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah Amin Jual Tudung Bidang 50 Bersama Ibu & Adik Beradik, Mahu Galakkan Wanita Tutup Aurat Dengan Sempurna – ‘Kita Tak Jual Bidang Pendek’
Hormat pada Fattah
@dzulkhairi? original sound – Dzul Khairi l Faham Solat
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, seorang pendakwah bebas atau dikenali sebagai Dzul Khairi meluahkan rasa kagum dengan sifat Fattah yang tetap menjaga maruah bekas isterinya, Nur Fazura.
Saya memang hormat dengan pelakon Fattah Amin.
Orang bising mengata bekas isterinya mengenai isu anaknya, Fatima.
Tapi, Fattah dengan begitu gentleman dan bermaruah mempertahankan bekas isterinya.
Tambah pendakwah bebas, ini merupakan tanggungjawab sebenar untuk pasangan yang sudah berkahwin atau sudah berpisah untuk menjaga maruah pasangan.
Dalam pada itu, Dzul sempat menitipkan pesanan untuk tidak sewang-wenangnya melupakan kebaikan pasangan setelah berpisah.
Fattah kalis kecaman
Menjengan ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan kekuatan yang dimiliki pelakon berusia 34 tahun itu. Selain itu, warganet turut memuji didikan ibu bapa Fattah pada anak-anak.
Sumber: TikTok @Dzul Khairi