Pelakon Linda Hashim hadir sendirian di perkarangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur tanpa kelibat suaminya, Beego kira-kira jam 9.20 pagi Khamis.
Artikel Berkaitan: ‘Waktu Itu Saya Yang Pergi & Linda Masih Setia Menunggu’- Beego
Artikel Berkaitan: ‘Saya Buang Ego & Bersihkan Hati’ – Linda Hashim Perbaiki Diri Pertahankan Rumah Tangga
Beego ‘oustation’
Ujar Linda, dia sudah pun menghantar notis kepada pihak Beego selepas memfailkan perceraian pada awal bulan lalu.
Hari ini adalah sebutan pertama selepas saya failkan perceraian.
Saya kurang pasti (keberadaan Beego) cuma dia dah dimaklumkan tentang sebutan hari ini selepas saya sudah menghantar notis mahkamah kepadanya.
Dalam pada itu, Beego difahamkan tidak hadir kerana berada di Labuan.
@ohbulanofficial Semoga dipermudahkan segala urusan hari ini ?#ohbulan #fyp #news #lindahashim #beego #cerai #mahkamah ? original sound – OHBULAN!
Terdahulu, Linda disahkan memfailkan cerai terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atas alasan sudah tiada persefahaman.
Sebelumnya, Linda dan Beego hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Mei 2023 bagi membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak selepas mereka mencapai kata sepakat untuk rujuk semula pada 9 April 2023 selepas bercerai pada 27 Mac 2023.
Untuk rekod, Linda dan Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah mendirikan rumah tangga pada Jun 2013.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu tiga orang cahaya mata Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6.