Pelakon Beego memaklumkan dirinya tidak mengetahui mengenai sebutan pertama kes perceraian bersama isteri, Linda Hashim.
Artikel Berkaitan: ‘Waktu Itu Saya Yang Pergi & Linda Masih Setia Menunggu’- Beego
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Linda Hashim Hadir Sendirian Ke Mahkamah, Kelibat Beego Tidak Kelihatan – ‘Saya Sudah Hantar Notis’
Nafi terima notis?
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah mengakui terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan Linda sewaktu sesi soal jawab bersama media pada pagi Khamis.
Dakwa Beego, dia tidak menerima sebarang notis berhubung prosiding sebutan pertama tersebut dari pihak guaman isterinya.
Salam semua, terkejut pagi tadi mendengar kenyataan isteri yang saya (telah) dimaklumkan tentang kes mahkamah.
Tidak ada pemberitahuan dan notis dari pihak guaman Nurul (peguam syarie yang mewakili isterinya).
Ada mana-mana peguam yang boleh mewakili saya? Allahuakhbar.
Terdahulu, Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim dilihat hadir bersendirian ke perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Khamis.
Untuk info, Linda disahkan memfailkan cerai terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atas alasan sudah tiada persefahaman.
Sebelumnya, Linda dan Beego hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Mei 2023 bagi membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak selepas mereka mencapai kata sepakat untuk rujuk semula pada 9 April 2023 selepas bercerai pada 27 Mac 2023.
Untuk rekod, Linda dan Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah mendirikan rumah tangga pada Jun 2013.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu tiga orang cahaya mata Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6.
Sumber: IG Beego