Proses sebutan pertama kes perceraian melibatkan pasangan pelakon Linda Hashim dan Beego terpaksa ditangguhkan susulan ketidakhadiran Beego ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Artikel Berkaitan: Beego Terkejut Dengar ‘Statement’ Linda Hashim, Nafi Terima Notis Dari Peguam – ‘Tidak Ada Pemberitahuan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Linda Hashim Hadir Sendirian Ke Mahkamah, Kelibat Beego Tidak Kelihatan – ‘Saya Sudah Hantar Notis’
Tangguh 6 Mac
Menurut Nurul Fadzilah Kamaluddin selaku peguam syarie dari Tetuan Fadzilah Kamaluddin & Co yang mewakili Linda, penangguhan berlaku selepas pihak mahkamah tidak dapat menyerahkan notis tuntutan kehadiran Beego.
Susulan itu, mahkamah membuat keputusan untuk menunda proses sebutan itu pada 6 Mac depan.
Sebelum ini kami sudah dimaklumkan serahan (notis) sudah dibuat tetapi tidak sempurna (tidak berjaya).
Anak guam saya sudah mengemukakan tuntutan cerai pada 17 Januari dan hari ini sepatutnya sebutan pertama kes.
Jadi kes hari ini ditangguh kepada sebutan kedua pada 6 Mac depan.
Selain itu, mahkamah juga menyerahkan tanggungjawab kepada pihak Linda untuk memaklumkan kepada pihak Beego mengenai tarikh sebutan kedua.
Seharusnya penyerahan dokumen (makluman kepada Beego) dibuat mahkamah.
Tetapi disebabkan penyerahan pertama itu tidak sempurna hingga menyebabkan defendan tidak dapat hadir, satu arahan kepada peguam plaintif iaitu kami untuk serahakan notis ini secara kendiri kepada Beego.
Linda berlapang dada
Dalam pada itu Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim memaklumkan dirinya berlapang dada berdepan penangguhan dalam masa yang sama berharap agar urusannya dipermudah.
Kita cuma merancang walaupun tidak dapat seperti diharapkan.
Saya harap proses berjalan dengan baik dan dapat segera diselesaikan.
@ohbulanofficial Tak dapat info pula ?#ohbulan #fyp #news #beego #terkejut #tiada #notis #mahkamah #linda #cerai ? suara asli – R besar
Terdahulu, Beego yang juga bekas anggota kumpulan Phyne Ballerz mendedahkan dirinya tidak tahu menahu mengenai prosiding sebutan pertama kes perceraian bersama isterinya menerusi hantaran di Instagram (IG).
Sebelumnya, Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim dilihat hadir bersendirian ke perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Khamis.
Dakwa Linda, dia sudah pun menghantar notis mahkamah kepada Beego selepas memfailkan cerai awal Januari lalu.
Untuk info, Linda disahkan memfailkan cerai terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atas alasan sudah tiada persefahaman.
Pada Mei 2023 lalu, Linda dan Beego hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak selepas mereka mencapai kata sepakat untuk rujuk semula pada 9 April 2023 selepas bercerai pada 27 Mac 2023.
Untuk rekod, Linda dan Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah mendirikan rumah tangga pada Jun 2013.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu tiga orang cahaya mata Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6.