Anak kepada pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu, iaitu Talita tidak dapat menyembunyikan rasa terharunya apabila menerima bayaran daripada hasil titik peluhnya sendiri.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Talita Makin Murah Rezeki, Dapat Tawaran ‘Review’ Produk – ‘Boleh Saya Tolong Daddy Tapi Ada Ke Orang Nak Support?’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Talita Kongsi Sebab Mahu Menyanyi – ‘Orang Tak Suka Dengan Daddy, Jadi Saya Nak Buat Orang Suka Balik’
Titik peluh Talita
@shuibsepahtu Umur 12 tahun tapi dah pandai cari duit sendiri,tlg daddy,tlg family.Terima kasih dan tahniah kerana punya hati yang baik. Terima kasih korang yang support @Thalita_Shuib Jangan lupa Jumaat malam ni ok. Produk ape ek??? @ayunieso24 #Thalita
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Shuib merakam momen dirinya membuat kejutan dengan menghulurkan satu sampul kepada anak perempuannya itu.
Talita atau nama lengkapnya Dzahira Talita Zahra membuka sampul tersebut, alangkah terkejutnya apabila melihat ianya berisi helaian wang RM50 yang agak tebal.
Jelas Shuib, wang tersebut merupakan bayaran atas usaha keras Talita dalam bidang nyanyian dan juga review produk.
Talita ada job review produk, kena nyanyi dekat live tiktok dan jual produk dekat beg kuning. Dah sedia kan?
Lagi satu, Talita dah buat show baru-baru ni kan? Untuk review produk tu pun, dia dah buat bayaran.
Ikut amalan arwah ibu
Menurut Shuib, sebahagian daripada bayaran yang diterima akan diasingkan untuk simpanan masa depan Talita. Manakala selebihnya diberikan kepada anak perempuannya itu untuk dibelanjakan mengikut keinginannya.
Sebahagian daddy akan simpan, yang ini awak boleh pakai dan guna untuk beli barang-barang yang awak nak.
Sebahagian lagi daddy akan bukakan awak akaun bank
Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya yakin ianya pasti menjadi detik bermakna buat Talita.
Talita ikut amalan ibu banyakkan bersedekah.
Semoga diperluaskan rezeki Talita. Capai impian you, all the best.
Talita ingat jadi macam ibu, besedekah tau. Sedihnya teringat ibu awak yang buat kakak banyak berubah.
Banyakkan bersedekah ya nak, macam ibu.
Dia lagi kaya dari aku yang berusia 46 tahun ini.
Terkejut aku tengok dia buka sampul, banyaknya.
Bersedekah macam ibu, kongsi rezeki dengan keluarga. Jangan lupa mommy, dia pun banyak sokong Talita.
Sumber: TikTok Shuib