Hubungan buruk antara pelakon Jay Iswazir dan bekas isterinya, Azzahra Ahmad akhirnya telah menemukan titik noktah apabila mencapai persetujuan untuk berdamai.
Artikel Berkaitan: ‘Dalam Proses Mendapatkan Perdamaian & Membersihkan Nama’ – Jay Iswazir
Artikel Berkaitan: Isteri Jay Iswazir Umum Bercerai Selepas Dua Tahun Kahwin – ‘Kesakitan Ini Tak Mampu Untuk Saya Menanggung Sendirian’
Ambil iktibar
Menurut Jay, 43, dirinya tidak menyimpan dendam terhadap apa yang berlaku.
Katanya, keputusan untuk berbaik itu dibuat setelah mereka berdua mengambil iktibar dan sedar akan kesalahan masing-masing.
Kami memilih untuk berdamai, saya berjaya mengambil langkah untuk berbaik.
Alhamdulillah, Azzahra bersetuju untuk berdamai dengan saya.
Tambah pemilik nama Ahmad Iswazir Ismail, persetujuan berbaik bukan untuk menangkan mana-mana pihak, sebaliknya sebagai iktibar diri.
Jay berkata demikian ketika ditemui pada malam Gala Filem Dajal: Satu Malam Pedajal di Pavilion, Kuala Lumpur, pada malam Rabu.
Lebih tenang
Sementara itu, Jay turut mengakui dirinya berasa lebih tenang dan lega selepas berdamai dengan Azzahra.
Bila kita minta maaf dan memaafkan orang, saya rasa ketenangan.
Apabila ditanya lebih lanjut, Jay turut berharap agar orang ramai mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.
Saya percaya semua orang melakukan kesalahan, tetapi ia bergantung bagaimana cara kita melihatnya, sama ada untuk membalas atau untuk kesedaran diri.
Dalam hubungan rumah tangga, saya belajar tentang fitrah. Kalau tidak faham, itu yang akhirnya menjadi salah faham antara satu sama lain.
Sebelum ini, Jay telah mengeluarkan notis tuntutan atau Letter Of Demand (LOD) permohonan maaf kepada Azzahra pada 19 Disember lalu selepas didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.